Bagaimana Man Utd Gunakan ‘Profiling’ Untuk Rekrut Marcel Sabitzer Dan Jadi Pemain Sempurna Ten Hag

Manchester United bertindak pantas membawa masuk pemain tengah Bayern Munich, Marcel Sabitzer sebaik sahaja tahap kecederaan Christian Eriksen disahkan – terpaksa disisihkan sehingga April disebabkan kecederaan buku lali.

Pemain antarabangsa Austria itu menyertai United secara pinjaman sehingga ke akhir musim dan menjadi pemain yang amat diperlukan dalam usaha Erik ten Hag menharungi baki musim yang semakin sibuk.

Siapakah Marcel Sabitzer?

Pemain berusia 28 tahun ini beraksi bersama tiga kelab sejak lebih lapan musim lalu sebelum diumum secara rasmi oleh Manchester United sebagai rekrut terbaru mereka.

Sebelum menyertai Bayern Munich pada musim panas 2021, Sabitzer berpindah di antara dua kelab milik Redbull – bersama RB Leipzig dan Salzburg.

Sabitzer merupakan antara pemain skuad Leipzig kendalian Julian Nagelsmann pada 2020 sebelum beliau turut menyertai jurulatih itu di Bayern. Namun kehidupan di kelab Bavarian itu menjadi sukar kerana minit perlawanan yang semakin berkurangan.

Di peringkat antarabangsa, Sabitzer telah melakukan 68 penampilan untuk negaranya, menjaringkan 12 gol termasuk satu jaringan menentang Wales pada tahun lalu, sebelum impian Austria untuk ke Piala Dunia di Qatar diranapkan oleh Gareth Bale.

Apa United boleh harapkan daripada Sabitzer?

Sabitzer adalah seorang pemain tengah versatile yang mampu menjaringkan gol sepertimana yang dilakukan oleh Christian Eriksen.

Sebagai perbandingan Eriksen telah menghasilkan 53 gol dan 78 assist daripada 256 penampilan di Premier League. Sabitzer pula menghasilkan 34 gol dan 29 assist daripada 185 penampulan di Bundesliga.

Statistik ini bermakna Sabitzer memiliki ratio gol/assist lebih baik berbanding Eriksen yang dianggap lebih kreatif natural di posisi tengah serangan United.

Kedua-dua pemain juga mampu melakukan ancaman daripada situasi bola mati. Kelebihan Sabitzer adalah beliau merupakan pemain yang memiliki mobiliti lebih baik berbanding Eriksen, dengan ancaman sebagai pemain tengah box-to-box.

Sabitzer juga dikenali sebagai pemain yang gemar melakukan jaringan daripada jarak jauh, dan sebelum ini adalah kapten pasukan Leipzig.

Wartawan Jerman menyifatkan Sabitzer sebagai: “Dia adalah pemain yang sangat berkualiti. Dia mampu bermain di mana-mana posisi di jentera tengah dan menendang bola seperti seekor kuda.”

Manhchester United turut boleh dikatakan telah berjaya mengikat seorang pemain tengah lagak seorang ‘jeneral’ di bahagian tengah.

Sudah agak lama United tidak memiliki pemain seperti ini sejak Roy Keane. Dan Sabitzer adalah ibarat Roy Keane yang memiliki sentuhan penyudah dan visi lebih tajam untuk terlibat di dalam gerakan memburu gol untuk United.

Perkara lain mengenai Sabitzer

Ketika masih bersama Red Bull, Sabitzer seebnarnya turut pernah beraksi di bawah kendalian bekas pengurus Manchester United, Ralf Rangnick.

Beliau juga pernah beraksi di bawah kendalian bekas jurulatih Southampton, Raplh Hasenhuttl dan pengendali Leeds pada hari ini Jesse March.

Ketiga-tiga jurulatih mempunyai beberapa persamaan – dianggap jurulatih bola sepak moden berteraskan pressing.

Maka kita boleh simpulkan Ten Hag telah membawa masuk seorang pemain yang memiliki profail yang sesuai untuk corak permainan Manchester United pada hari ini.

Kongsi artikel ini