Sebelum ini Marina Granovskaia sudah lama mengesahan pembelian Hakim Ziyech untuk Chelsea pada nilai £36 juta dari Ajax.
Ziyech bagaimanapun hanya akan menyertai Chelsea sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka semula – selepas Chelsea sebelum ini dilarang membawa pemain ke Stamford Bridge akibat didenda FIFA.
Dan kini Marina – watak yang sering kali disayangi, juga dibenci penyokong The Blues – turut dilaporkan berjaya memancing Werner ke kelab Barat London itu.
Sailang Liverpool
Hakikat sebenarnya ialah ramai bertanggapan Werner akan ke Anfield – selepas dikaitkan dengan juara eropah itu untuk berbulan-bulan lamanya.
Segalanya bermula apabila Chelsea bertindak lebih awal untuk mengaktifkan klausa perpindahan Werner bernilai sekitar £50 juta pada musim panas ini, dan pemain itu turut ditawarkan pendapatan sebanyak £200,000 seminggu.
Menurut The Athletic, Marina akan memenuhi bayaran dalam klausa tersebut tanpa sebarang keraguan dan dibayar penuh untuk menghalang cubaan dari Liverpool atau mana-mana kelab lain seperti Manchester United untuk cuba membuat pemain tersebut mengubah fikiran.
Chelsea buying Ziyech and Werner for a combined fee of €100 million and selling Morata for €65 million. Marina Masterclass 🏌🏻♀️@ChelseaFC #ChelseaFC pic.twitter.com/DiF6L3ctWT
— International Football Maniacs (@ifm_football) June 5, 2020
Pemain Jerman itu sebelum ini begitu bersemangat untuk ke Anfield, hanya untuk Klopp memberikan respon yang membenarkan spekulasi berterusan di media.
Manchester United juga dikatakan memerhati keadaan Werner dengan rapat. Ole Gunnar Solksjaer turut berhubung dengan Werner pada Februari lalu.
Namun jelas keutamaan United adalah untuk mengekalkan Paul Pogba. Hanya sekiranya pemain antarabangsa Perancis itu dijual, maka United akan mulai bergerak mendapatkan Werner.
Mengapa Liverpool berdiam diri?
Semua pihak di dalam industri mengetahui Liverpool mempunyai unit yang sangat baik dalam meyakinkan pemain untuk menyertai mereka.
Di bawah Michael Edwards, Liverpool telah berjaya memancing pemain hebat seperti Virgil van Dijk, Alisson Becker, Naby Keita, Takumi Minamino dan juga Fabinho.
Van Dijk dan Alisson misalnya sudah membuktikan nilai mereka kepada Liverpool dan penyokong mereka secara langsung.
👀| Timo Werner is desperate to play in the Premier League, and said “yes” to join Liverpool. Jurgen Klopp is a massive influence for Timo’s decision.
[Bleacher Report] pic.twitter.com/WBXuZYMhq5
— The Anfield Buzz (@TheAnfieldBuzz) April 22, 2020
Kerana itulah, Michael Edwards yang merupakan Pengarah Sukan The Kops ini disifatkan sebagai Transfer Guru bola sepak Inggeris dan Eropah.
Tetapi mengapa Liverpool gagal membawa masuk Werner sehingga membiarkan Chelsea bertindak? Hanya ada dua teori mengenai perkara ini.
Liverpool manager Jurgen Klopp held a virtual meeting with Timo Werner at Easter, according to Sport Bild 👀 pic.twitter.com/06f0GmektQ
— Goal (@goal) May 25, 2020
Pertama, Liverpool tidak berminat. Namun posisi serangan adalah salah satu posisi yang perlu diperkuatkan oleh Liverpool pada musim akan datang sekiranya mahu terus kekal bersaing dan tidak menjadi kelab one-season-wonder.
Memenangi trofi Premier League itu mungkin mudah. Mempertahankannya adalah satu perkara lain. Gandingan Sadio Mane-Roberto Firmino-Mohamed Salah telah membuktikan kemampuan mereka selama dua musim terakhir ini.
Tetapi apa yang Liverpool harus fikirkan adalah untuk mengekalkan keserasian di bahagian hadapan melangkaui gandingan tiga pemain ini – jika benar mengimpika untuk membina sebuah dinasti sepertimana yang pernah dilakukan oleh seteru utama, Manchester United.
🔴🔴Timo Werner won't turn down a move to Manchester United or Chelsea despite willing to join Liverpool, according to Sky Sport Italia.#TimoWerner #MUFCunite
[📷:Getty images] pic.twitter.com/3D0IKfalWf— MUFC unite (@MUFCunite) May 31, 2020
Keinginan Werner untuk ke Anfield bukan lagi rahsia. Profil pemain itu turut menepati ciri-ciri yang diperlukan Liverpool.
Sebab kedua yang menjadi masalah kepada Liverpool besar kemungkinan adalah kerana faktor kewangan. Untuk memenuhi klausa bernilai £50 juta mungkin tidak menjadi masalah.
Namun selepas melanjutkan kontrak beberapa pemain utama, (turut berniat menambahbaik kontrak beberapa pemain bintang) jumlah pendapatan Werner yang mencecah £200,000 dilihat sebagai jumlah yang tidak sihat untuk struktur gaji di Anfield bagi pemain yang beraksi pada musim pertama.
Namun Edwards dan pasukannya di Liverpool atau pun Klopp tidak mahu menafikan keinginan mereka untuk mendapatkan Werner dengan harapan jumlah gaji tersebut dapat diturunkan, sehinggalah Chelsea melihat ia sebagai peluang.
Marina & Lampard Yakinkan Werner
Situasi Werner dengan Liverpool pantas dihidu oleh Marina Granovckaia. Malah Marina yang sebelum ini sering kali tidak berseendapat dengan Lampard dalam beberapa perkara jelas bukan halangan untuk mendapatkan Werner.
Di pihak Chelsea dana pantas disediakan, dan perjanjian turut mahu dimuktamadkan segera.
Di dalam perpinahan Werner, Marina dan Lampard bekerjasama dengan baik demi meyakinkan Werner mengalih impiannya untuk beraksi di Anfield ke Stamford Bridge.
Selling Alvaro Morata for £58m and activating Timo Werner's £49m release clause. Chelsea doing business. pic.twitter.com/OPWEF3X8ia
— ESPN FC (@ESPNFC) June 5, 2020
Tatkala musim penularan wabak menyebabkan sukar bagi Marina untuk terbang ke Jerman melakukan perbincangan, beliau dilaporkan telah melantik seorang peguam, Dr. Michael Becker untuk berurusan dengan Werner dan ejennya.
Dr. Michael Becker adalah peguam yang amat dikenali dan pakar dalam melengkapkan perpindahan pemain di Jerman.
Lampard pula dilaporkan kerap menghubungi Werner untuk memberikan penjelasan bagaimana pemain itu boleh memainkan peranan penting untuk projek jangka masa panjang di Chlesea.
Usaha Lampard dan Marina akhirnya meyakinkan Werner untuk menyertai sebuah skuad muda yang dilihat dinamik.
Penutup
Adakah ia satu kerugian buat Liverpool? Adakah Werner kini menjadi satu keuntungan buat Chelsea?
Hanya masa yang akan menentukannya. Buat masa sekarang, The Blues melakukan perkara yang betul. Dan mereka berjaya menewaskan Liverpool untuk mendapatkan salah seorang mesin gol paling produktif di Eropah pada hari ini.