Pemain bek kiri Kedah FA, Azmeer Yusof mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak sebentar tadi.
Perkara tersebut diumumkan melalui perkongsian beliau di Instagram sebentar tadi.
Mesej daripada Azmeer bernada sebak. Walaupun bukan lagi sebahagian daripada pemain Kedah, beliau tetap berdoa agar cabaran pasukan tetap berakhir dengan kejayaan di masa akan datang.
Menurut Azmeer tujuan dan sebab utama beliau untuk bersara adalah untuk menumpukan sepenuh perhatian kepada perniagaan.
“Dengan ini saya mengumumkan pengunduran saya dari pasukan Kedah FA. Keputusan ini bukanlah kerana masalah gaji, tetapi kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kpd perniagaan saya,” ujar beliau.
View this post on InstagramA post shared by Azmeer Yusof (@azmeer__25) on
“Saya doakan yg terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan2 di masa akan datang 🔰
“Ampun maaf dipinta kepada semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 🙏🙏
“Kepada semua penyokong bolasepak Kedah FA, teruskan memberi sokongan kpd pasukan Kedah. Tanpa kalian, bolasepak tiada erti 🤝
“Mafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan kalian.
“Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah & saya bukan Legend anda. Tapi saya adalah sahabat kalian. Doakan segala urusan saya utk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah.
“Pesanan saya yg terakhir kpd semua orang yg beragama islam. AGAMA KITA, KITA JAGA. Dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama Allah pada kita di Alam sana nanti.
“Maafkan saya dgn keputusan ini PULUN KEDAH PULUN!”
Beberapa minggu yang lalu timbul perkhabaran seorang pemain berpengalaman skuad Lang Merah telah menghantar surat penamatan kontrak kepada Kedah FA.
Teka teki mengenai identiti pemain itu akhirnya terjawab pada hari ini.
Sepanjang bersama Kedah, Azmeer telah membantu pasukan tersebut menjuarai Piala Malaysia pada 2016, dan juara Piala FA pada musim lalu.