Azmeer Yusof Nasihat Pemain Bola Jangan Gila Kereta Sehingga Dijerat Hutang

Pemain pertahanan Kedah, Azmeer Yusof memberi peringatan kepada pemain bola sepak yang sedang merasa gaji besar sekarang agar beringat sebelum terjerat dengan komitmen kewangan melampau.

Peringatan tersebut adalah berdasarkan pengalaman beliau sendiri sebelum ini. Seperti mana kebanyakkan pemain, Azmeer juga tidak terkecuali daripada menggemari kereta mewah .

Malah beliau juga mengakui pernah boros dengan terlalu enjoy, dan membeli belah benda yang bukan-bukan, walaupun bukan keperluan.

“Permulaan hidup saya cukup mewah. Degan gaji tinggi, saya tak fikir langsung untuk simpan dan beli rumah. atau invest [labur] dalam apa-apa yg menguntungkan.” kongsi beliau.

“Zaman muda pegang banyak duit, ofcoz tak fikir apa-apa. Now in 2020, umur pun dah cecah 3 series still tak settle down dgn hutang-hutang. Damn !!! I felt like im the most stupid guy in the world !! With my salary in 2009-2019, i can settle all my debt. But i can’t. Why…???

There is something i need to share with u guys, especially FOOTBALL PLAYERS yg tengah merasa gaji besar skrg ni. Think…

Posted by Azmeer Yusof 25 on Wednesday, 27 May 2020

“Few stupid things that i do, apply CREDIT CARD, not one, but 5… !! Buat PERSONAL LOAN & paling teruk beli KERETA. SATRIA NEO, HONDA CITY, MITSUBISHI LANCER, AUDI, HONDA FD, VELLFIRE, 4×4 DMAX.

“Gila kan?? Mana rumah?? I wish I can turn back time.. i wish 😔😔,” kongsi beliau di laman Facebook rasmi.

Akibat dari sikap boros tersebut Azmeer mengalami kesukaran memiliki rumah apabila pinjaman bank yang cuba dilakukan pada 2014 sangkut.

Perkara itu menyebabkan beliau sedar kesilapan yang telah dilakukan sebelum ini. Satu persatu perkara yang tidak diperlukan dilepaskan, diikuti usaha untuk membayar semua hutang yang telah dilakukan sebelum ini.

Ingat ini sampai BILA-BILA. Bolasepak takkan ada untuk kita SEPANJANG MASA. Tapi ALLAH sentiasa ada untuk kita pada setiap MASA.

Posted by Azmeer Yusof 25 on Thursday, 14 May 2020

“Sebelum ini komitmen sy cecah 10k sebulan. Now komitmen saya semakin sikit & tak pening kepala if gaji tak masuk or apa2 yg terjadi dalam kerjaya saya.

“Apa yg berlaku semua ni juga Allah telah ‘menghadiahkan ‘ kpd saya rumah SENDIRI di Alor Setar. Semoga dgn sebuah rumah ini saya dapat kembangkan lagi dgn membeli seberapa banyak rumah dgn izin Allah,” tambah beliau lagi.

View this post on Instagram

SHRMZB . #kitajagakita #semogaistiqomah

A post shared by SAFAWI RASID (@safawirasid29) on

Baru-baru ini dua pemain kebangsaan negara, Safawi Rasid dan Mohomadou Sumareh berkongsi kenderaan mewah yang dimiliki masing-masing.

Bagi Azmeer, ia sebenarnya tidak salah memiliki kereta. Cuma peringatan kepada semua agar perbelanjaan diurus dengan baik kerana karier sebagai pemain bola sepak tidak akan kekal lama.

Malah beliau berpendapat seeloknya pemain bola sepak mengutamakan untuk memiliki rumah terlebih dahulu sebelum mendapatkan kereta idaman masing-masing.

zmeer sempat memberikan nasihat kepada pemain-pemain bola sepak yang lain agar tidak terjerat seperti beliau.

 

 

Kongsi artikel ini