Azmeer Bukan Tinggalkan Kedah FA Kerana Hubungan Dingin Dengan Pemain Senior Lain

Ketua jurulatih Kedah FA, Aidil Sharin Sahak menafikan keputusan mengejut Azmeer Yusof menamatkan kontrak adalah disebabkan hubungan dingin pemain itu dengan rakan sepasukan senior yang lain di dalam pasukan.

Sebaliknya pengedali dari Singapura itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana komitmen peribadi pemain pertahanan itu sendiri.

“Pasukan berada di tahap terbaik. Mereka saling memberikan nasihat kepada pemain-pemain terutama daripada pemain senior,” ujar Aidil melalui laporan Stadium Astro semalam.

Sebelum itu Azmeer pernah memuat naik di akaun media sosial beliau menasihatkan agar pemain-pemain bola sepak tidak boros berbelanja dan berfikir mengenai masa depan..

Perkara itu dikatakan tidak disenangi sesetengah pemain Lang Merah ketika mereka berdepan masalah gaji.

Azmeer mengesahkan beliau mengundurkan diri dari skuad Lang Merah pada Khamis lalu.

View this post on Instagram

Assalamualaikum.. . Dengan ini saya mengumumkan pengunduran saya dari pasukan Kedah FA. Keputusan ini bukanlah kerana masalah gaji, tetapi kerana saya ingin menumpukan sepenuh perhatian kpd perniagaan saya. . Saya doakan yg terbaik buat pasukan Kedah FA. Semoga terus mencipta kejayaan2 di masa akan datang 🔰 . Ampun maaf dipinta kpd semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 🙏🙏 . Kepada semua penyokong bolasepak Kedah FA, teruskan memberi sokongan kpd pasukan Kedah. Tanpa kalian, bolasepak tiada erti 🤝 . Maafkan saya, saya akan sentiasa rindukan sorakan kalian. . Kepada penyokong bolasepak Kedah, saya bukan bekas pemain Kedah & saya bukan Legend anda. Tapi saya adalah sahabat kalian. Doakan segala urusan saya utk bina Pusat Pengajian Islam Azmeer Yusof di Alor Setar tercapai dgn izin Allah. . Pesanan saya yg terakhir kpd semua orang yg beragama islam. AGAMA KITA, KITA JAGA. Dan jangan sesekali tinggalkan solat 5 waktu. Kerana itu soalan pertama Allah pada kita di Alam sana nanti. . Maafkan saya dgn keputusan ini 😭 . PULUN KEDAH PULUN ! 🔰

A post shared by Azmeer Yusof (@azmeer__25) on

‘Ampun maaf dipinta kpd semua pihak seandainya kehadiran saya ke bumi Jelapang Padi tidak dialu-alukan. Sesungguhnya yg baik datang dr Allah Taala, yg buruk datang dari diri saya sendiri 🙏🙏,” ujar beliau dalam kenyataan sebelum ini.

Azmeer bagaimanapun berkata beliau berbuat demikian untuk menumpukan perhatian kepada perniagaan yang baru dimulakannya.

Dalam laporan berkaitan, pemain pertahanan kiri itu juga berkata beliau bukan bersara daripada bermain bola sepak secara profesional.

“Sebenarnya ayat pengunduran itu bermakna meninggalkan pasukan Kedah bukan daripada arena bola sepak. Saya bukan bersara tetapi hanya berehat seketika,” kata Azmeer.

Difahamkan pihak Kedah FA belum lagi membayar gaji pemain sejar Februari lalu, termasuk kepada Azmeer.

 

Sumber: Stadium Astro

Kongsi artikel ini