Azizulhasni Awang Dedah Bagaimana Dua Pakar Jantung Bekerjasama Selamatkan Nyawanya

Pelumba basikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang mendedahkan dua individu penting di sebalik tabir yang menyelamatkan nyawa dan kariernya sebagai pelumba.

Azizul atau lebih mesra dikenali sebagai Jijoe sebelum ini disahkan menghidap penyakit jantung yang jarang ditemui. Hasil pemeriksaan Jijor dikatakan mempunyai masalah arteri koronari kanan yang berfungsi menyalur darah dari aorta (AAORCA).

Masalah terebut memaksa Jijoe menjalani pembedahan pada April lalu.

Dua individu penting

Melalui muat naik di Facebook rasminya, Jijoe mendedahkan dua individu penting yang membantu memulihkan beliau adalah pakar dari Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Seri Dr Jeffrey Jeswant (Dr Jess) dan pakar dari Australia, Dr Aubrey Almeida.

Kedua-duanya bertanggungjawab  mencari penyelesaian terbaik dan membaik pulih  masalah jantung yang dialaminya itu

“Alhamdulillah syukur sudah hampir masuk empat setengah purnama selepas saya melakukan pembedahan jantung terbuka untuk membaik pulih kondisi congenital heart disease yang saya alami.

“Saya amat bersyukur kerana ada banyak pihak yang terlibat di belakang tabir untuk memastikan saya dapat rawatan yang terbaik dan memastikan saya selamat, kata beliau dalam satu muat naik pada hari ini.

Saya bersyukur kerana Allah lorongkan dua pakar ini untuk bersama saya. Jalan ceritanya amat menarik, insyaallah suatu hari jika di izinkan saya kongsikan dengan anda semua.

Kerjasama pakar tempatan dan Australia

Melalui foto yang turut dimuatnaikkan oleh beliau, Jijoe memperkenalkan individu di sebelah kirinya adalah Dato Seri Dr Jeffrey Jeswant (Dr Jess) pakar dari IJN Malaysia.

“Beliau [Dr Jess] mempunyai kepakaran di dalam kes seperti saya ini dan beliaulah yang memberikan maklumat dari A hingga ke Z, strategi serta solusi yang terbaik.

“Memandangkan saya berada di Melbourne dan keadaan tidak mengizinkan untuk saya pulang ke Malaysia untuk rawatan, beliau mencadangkan supaya saya berjumpa dengan Dr Aubrey Almeida (sebelah kanan saya).

“Di Australia juga tidak ramai pakar yang pernah handle case seperti saya ini dan Dr Aubrey adalah antara pakar paling senior dan berpengalaman luas di dalam situasi kondisi saya,” jelas beliau lagi.

Menurut pemenang pingat Perak Sukan Olimpik Tokyo itu lagi, sebelum ini beliau juga telah berjumpa dengan beberapa pakar lain tetapo akhirnya memilih untuk dibedah olah Dr.Aubrey dan Dr. Jess.

“Dr Jess turun ke Melbourne, di hantar oleh pihak KBS-OCM-IJN untuk team up bersama Dr Aubrey disini. Mengetahui yang saya mempunyai the best team untuk belah dada ni memang mengurangkan benak di fikiran.

“Mereka yang pernah melalui situasi seperti saya ini sahaja akan faham betapa pentingnya untuk kekal tenang dan yakin sebelum anda baring di bilik bedah.

Saya nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Dr Jess yang banyak membantu melancarkan segala proses dan sentiasa follow up keadaan semasa saya di dalam proses recovery. Sudah tentu ucapan terima kasih juga kepada semua yang terlibat di belakang tabir, pasukan perubatan di Malaysia dan pasukan perubatan di Melbourne, serta kepada semua yang sentiasa mendoakan kesihatan dan kesejahteraan saya. S

“Semoga kita semua di rahmati Allah swt. Selamat berhujung minggu semua,” katanya lagi.

Digelar sebagai Pocket Rocketman di kalangan peminat sukan lumba basikal, Jijoe dijangka akan kembali menyertai latihan pasukan negara di velodrom Nilai pada bulan hadapan.

Malah hari ini pun sebenarnya pelumba berusaia 34 tahun itu sudah memulakan latihan di Melbourne di mana beliau berpengkalan dan dipantau secara dekat oleh bekas juara dunia, Shane Kelly dari Institut Sukan Victoria.

Kongsi artikel ini