Azam Azih Minta Maaf Kerana Jadi Punca Malaysia Gagal Capai Kemenangan

Pemain tengah pasukan negara, Azam Azih memohon maaf kepada semua pihak kerana dianggap menjadi punca Malaysia gagal mencapai kemenangan di dalam perlawanan separuh akhir King’s Cup menentang Thailand pada malam tadi.

Di dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Chiang Mai yang berusia 700 tahun itu, pasukan negara kendalian Kim Pan-gon berjaya menyeimbangi kekuatan pasukan Thailand dan mendahului melalui jaringan Corbin Ong pada minit ke-32 perlawanan.

Thailand manfaat peluang terakhir

Pasukan Thailand bagaimanapun berjaya menyamakan kedudukan pada babak akhir perlawanan melalui gerakan terakhir oleh pasukan Thailand melalui tandukan pemain pertahanan tengah, Pansa Hemviboon.

Jaringan tersebut berpunca daripada kekasaran yang dilakukan oleh Azam Azih di penjuru sebelah kiri kotak penalti pasukan Malaysia.

Azam Azih yang sudah mendapat layangan kad kuning pada babak pertama perlawanan turut menerima layangan kad kuning kedua, sekali gus arahan keluar padang daripada pengadil kerana kekasaran tersebut.

Sepakan percuma yang diperolehi oleh Thailand kemudiannya dimanfaatkans sepenuhnya oleh anak buah Mano Polking. Diambil oleh Purisai yang menghantar bola ke bahagian far-post, bola gagal dikeluarkan oleh barisan pertahanan pemain negara sebelum ditanduk masuk oleh Pansa.

Mujurlah tiada tambahan masa diberikan di dalam kejohanan ini selepas kedudukan terikat seri 1-1, dan pemenang ditentukan melalui penentuan sepakan penalti.

Dion Cools, Syafiq Ahmad, Matthew Davies, Declan Lambert, dan Corbin Ong, semuanya berjaya menyempurnakan sepakan masing-masing dan membawa Harimau Malaya ke final selepas sepakan pemain Thailand, Supachok Sarachat berjaya diselamatkan oleh Syihan Hazmi yang beraksi cemerlang di dalam perlawnaan ini.

Azam Azih mohon maaf

Selepas dianggap menjadi punca kepada kegagalan Malaysia menundukkan Thailand, Azam Azih tampil memohon maaf melalui satu muat naik di Instagram beliau.

“Minta maaf [kepada] semua. Dah cuba yang terbaik tapi hilang fokus lasr minit.”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Azam Azih (@azamazih20)

“Terima kasih familu dan team [rakan sepasukan] bagi kata-kata semangat. Komen-komen positif dan negatif akan jadi pembakar semangat saya untuk jadi lebih baik di masa akan datang,” ujar pemain itu ringkas.

Azam Azih sebenarnya antara pemain yang beraksi dengan baik buat pasukan negara di dalam perlawanan ini apabila peranan beliau sebagai destroyer sering kali berjaya merencatkan gerakan Thailand di bahagian tengah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Atlead Pass ® (@atleadpass)

Sepanjang perlawanan, Azam Azih merupakan pemain kedua terbanyak melakukan pintasan di dalam padang iaitu sebanyak 5 kali, selain 3 clearances penting untuk membantu bahagian pertahanan.

Skuad Harimau Malaya akan bertemu dengan Tajikistan di perlawanan akhir King’s Cup pada Ahad nanti dan ini adalah pertama kali Malaysia melangkah ke perlawanan akhir kejohanan jemputan ini sejak bergelar juara pada 1978.

Kongsi artikel ini