Ayah Khabib, Andulmanap Disahkan Positif Wabak KORONA

Ayah Khabib Nurmagomedov, Abdulmanap Nurmagomedov, disahkan dijangkiti wabak korona sehingga menyebabkan serangan jantung dan kemudian koma.

Abdulmanap dilaporkan mulai tidak sedarkan diri pada Khamis, 14hb Mei.

Selepas menjalani pembedahan jantung di sebuah hospital di Moscow, jurulatih berusia 57 tahun itu dilaporkan sudah sedar, namun keadaannya masih serius dan belum stabil.

Abdulmanap disahkan positif jangkitan selepas pemeriksaan saringan awal dilakukan di Dagestan.

Salah seorang dari keluarga Nurmagomedov, Ramazan Rabadanov, berkata Abdulmanap belum mampu untuk bercakap selepas selesai pembedahan

Abdulmanap pada mulanya dilaporkan tidak sihat di Makhaschkala, Dagestan pada 24 April. Ketika itu Abdulmanap disyaki menghidap penyakit yang mirip pneumonia atau radang paru-paru.

Meski mendapat nasihat dari doktor untuk menjaga aktiviti keseharian, Abdulmanap tetap menjalani latihan fizikal dan menolak untuk menjalani saringan.

Abdulmanap mengalami serangan jantung pada 3 Mei. Setelah keadaannya semakin tenat, doktor kemudian melakukan pembedahan jantung dan memasang alat sokongan.

Anggota keluarga dunia MMA seperti Dana White dan Conor McGregor turut memberi sokongan doa untuk kesembuhan Abdulmanap.

Rusia saat ini menjadi salah satu negara dengan jumlah jangkitan wabak terbanyak.

Kongsi artikel ini