“Awak Nak Cakap Johor Control Bola? Selangor Yang Control Bolalah” – TMJ

Pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam menafikan dakwaan sesetengah pihak bahawa belian dan JDT menguasai bola sepak Malaysia.

Sebelum ini bola sepak Malaysia pernah digemparkan dengan dakwaan wujudnya ‘tangan ghaib’ yang sering mempengaruhi keputusan di belakang tabir sehingga mencetuskan kontroversi.

Daripada isu perubahan jadual perlawanan, keputusan pengadil yang kontroversi sehinggalah kepada proses pemilihan pemain untuk skuad kebangsaan, desas desus di media sosial sering mengaitkan perkara itu dengan JDT.

Bagaimanapun di dalam sesi bertemu peminat di antara TMJ dan penyokong JDT pada malam tadi, beliau menafikan perkara tersebut.

Baca juga artikel berkaitan:

“Awak tengok. Presiden FAM orang Selangor, okay?

“Now, Presiden pengadil punya association pun, Datuk Sundra orang Selangor. Betul?

“CEO MFL pun orang Selangor, Stuart Ramalingam.

“Awak nak cakap Johor control bola?!!

“Selangor yang control bola la,” jelas TMJ.

Dalam sesi yang sama TMJ turut menegaskan hubungan JDT dengan semua kelab di Liga Malaysia adalah baik walaupun kesemuanya berstatus seteru kepada mereka.

TMJ turut menegaskan beliau tidak mempunyai masalah dengan mana-mana kelab, dan semuanya dianggap sebagai lawan yang harus dihormati.

Sekiranya ada masalah sekali pun, ia adalah perkara di antara beliau sendiri dengan individu tertentu dan lebih bersifat peribadi tanpa membabitkan kelab secara keseluruhan.

Disebabkan itu TMJ mahu penyokong sukad Harimau Selatan memahami perkara tersebut dan tidak bergaduh dengan penyokong kelab lain kerana bertanggapan kelab tersebut mempunyai masalah dengan JDT.

Kongsi artikel ini