Australia Curi Nota Rahsia Denmark Kepada Eriksen, Ubah Formasi Kepada 5-4-1 Dan Berjaya Mara Pusingan Kalah Mati

Terdapat perkara di sebalik tabir yang ramai tidak sedari berlaku di atas padang ketika Australia mengejutkan Denmark 1-0 pada Rabu lalu.

Sebelum perlawanan, Australia dan Denmark, kedua-duanya wajib menang untuk sebarang peluang meneruskan kemaraan di Qatar.

Australia mengejutkan Denmark dengan kemenangan 1-0 selepas usaha secara solo Matthew Leckie memberikan kemenangan 1-0 kepada satu lagi wakil daripada Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) itu untuk melayakkan diri ke pusingan kalah mati sebagai salah sebuah 16 pasukan terbaik.

Jaringan oleh Leckie itu dihasilkan pada minit ke-60 perlawanan. Sedar mereka perlu berbuat sesuatu untuk mengubah kedudukan, Denmark melakukan pertukaran pemain pada minit ke-70 untuk memperkuatkan jentera serangan.

Nota arahan untuk Eriksen

Dan ketika pertukaran pemain dilakukan, pengurus Denmark turut menyerahkan sekeping nota dipercayai arahan taktikal kepada Robert Skov untuk diserahkan kepada Eriksen, dengan harapan percaturan terbarunya boleh mengubah kedudukan perlawanan ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Kejadian itu dilihat boleh dilihat jelas bagi mereka yang menyaksikan perlawanan tersebut secara siaran langsung di kaca televisyen.

Berdasarkan perubahan awal selepas nota tersebut diberikan kepaa Eriksen, ia mungkin arahan agar Denmark mengubah pendekatan dan bermain dengan dua penyerang.

Tetapi ntah bagaimana beberapa minit selepas itu, nota tersebut dilihat berada di kem Australia di tangan staff kejurulatihan The Socceroos.

Kamera yang sempat merakam aktiviti di kawasan teknilak Australia sempat merakam bagaimana nota itu diserahkan kepada Ketua Unit Sains Sukan Australia, Andrew Clark yang dilihat membincangkan kandungan nota tersebut dengan pengurus pasukan, Graham Arnold dan pembantunya, Rene Meulensteen.

Australia bertindak balas

Mungkin menyedari mengenai taktikal terbaru Denmark perlu dibendung, Arnold pantas meneliti kandungan nota tersebut dan mengambil tindakan.

“Nota daripada Denmark seperti sudah berada di tangan pihak Australia sekarang,” ujar pengulas perlawanan ringkas.

Selang dua minit kemudian, Arnold mengeluarkan pemain tengah, Riley McGree dan memasukan pemain pertahanan Bailey Wright yang menjadi pemain pertahanan kelima Australia.

Arahan kemudian turut diberikan agar Australia mengubah sistem permainan menjadi 5-4-1. Usaha tersebut jelas untuk menghalang tekanan daripada Denmark yang berusaha untuk memberikan lebih banyak tekanan untuk memburu gol penyamaan.

Seorang penyokong yang memerhatikan keseluruhan kejadian tersebut, turut melakukan perkongsian di Twitter.

“Sekeping nota daripada pengurus Denmark dikeluarkan pada minit ke-70. Diserahkan kepada Eriksen yang kemudian memberikan nota itu kepaa Hojberg.

“Hojberg kemudian membuang nota tersebut di atas permukaan padang. Mith Duke berlari mendapatkan nota dan menyerahkannya kepada staff kejurulatihan Denmarl.

“Mereka memasukkan seorang penyerang berbadan sasa dan mulai bermain dengan dua penyerang, saya juga tahu mereka mahu mulai bermain long ball,” jelas Arnold selepas perlawanan.

“Sebab itulah saya mengarahkan Bailey Wright masuk untuk bemain lima pemain pertahanan. Sangat jelas ia akan membuatkan anda bermain secara bertahan, Tetapi kami memerlukan pemain tambahan di bahagian tengah bertahan untuk bersaing hantaran tinggi pasukan lawan.”

Kongsi artikel ini