Kapten pasukan, Harry Maguire percaya Bruno Fernandes mempunyai aura yang menjadi inspirasi kepada rakan sepasukan lain di dalam pasukan untuk beraksi lebih baik lagi.
Prestasi keseluruhan United meningkat secara mendadak sepanjang Februari, sejak ketibaan Fernandes pada jendela perpindahan Januari lalu daripada Sporting Lisbon.
Saksikan momen-momen penting skuad Ole Gunnar Solksjaer tumbangkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di sini.
Posted by Grandstand Kita on Sunday, 8 March 2020
Dalam perlawanan pada awal pagi tadi, Fernandes sekali lagi tampil menghasilkan assist untuk gol pembukaan oleh Anthony Martial.
Ini bermakna Fernandes sudah memiliki tiga gol dan tiga assist dari enam perlawanan sejak tiba di United.
Ig Martial: "My bro thanks for the assist 🔥 @B_Fernandes8" [martial_9] pic.twitter.com/siLYbkk8fL
— utdreport (@utdreport) March 8, 2020
Maguire juga percaya United boleh beraksi lebih baik, terutama dari segi penguasaan bola.
Namun Maguire yang juga salah seorang pemain yang dibawa masuk oleh Solksjaer tidak boleh mengelak menghamburkan pujian terhadap Fenandes dan impaknya kepada pasukan.
Fernandes dan seorang lagi pemain, Odion Ighalo – kedua-duanya tiba pada jendela perpinahan Januari – beraksi dengan baik dalam perlawanan menentang City.
Bruno Fernandes ⭐️
Fred 👏
Aaron Wan-Bissaka 💪
Anthony Martial ⚽️
Scott McTominay 😲 #mufc https://t.co/X2oya0dv1o— Man United News (@ManUtdMEN) March 8, 2020
” Di bahagian pertahanan, kita amat kuat dan ia sepatutnya lebih daripada 1-0 pada separuh masa pertama,” kata Maguire kepada Sky Sport selepas perlawanan.
“Pada babak kedua kita bertahan agak rendah, tetapi melakukannya dengan baik selaku sebuah pasukan dan selayaknya memperolehi kemenangan ini.”
Ditanya mengenai peningkatan prestasi dan transformasi pasukan yang menyaksikan United tidak tewas dalam 10 perlawanan, Maguire tidak teragak-agak memuji Fernandes.
Baru kau tau apa benda yang serius dan benda boleh buat main kan?😆😅🤭
Posted by Grandstand Kita on Saturday, 7 March 2020
“Kemenangan akan menanam keyakinan,” tambah Maguire.
“Kami percaya kami boleh pergi lebih jauh selepas kemenangan ini. Kami juga mampu menghasilkan sesuatu dengan baik apabila memiliki penguasaan bola.
“Anda semua boleh lihat bagaimana ia dilakukan sejak Bruno tiba di sini. Beliau mempunyai personaliti yang besar dan aura juga aura luar biasa.”
Apa yang dikatakan oleh Maguire juga selari dengan laporan oleh The Times sebelum ini.
Sejak ketibaan Bruno Fernandes, Manchester United tidak tewas dalam sepuluh perlawanan sejak Februari lalu. Bayangkan jika pemain ini tiba di Old Trafford pada awal musim lalu.
Saksikan momen-momen penting skuad Ole Gunnar Solksjaer tumbangkan juara bertahan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di sini.
Posted by Grandstand Kita on Sunday, 8 March 2020
Selepas tiba di pusat latihan Carrington pada hari beliau menandatangani kontrak, Fernandes terus menuju kepada Solksjaer dan bertanya: “Bolehkah saya memulakan latihan hari ini?”
Fernandes berkeras untuk menjalani latihan kerana mahu memastikan dirinya bersedia untuk penampilan pertamanya menentang Wolves.
Fernandes juga dikatakan sentiasa teruja terlibat dalam setiap perkara ketika latihan, dan rajin meminta bola untuk dihantar kepadanya.
Fernandes juga adalah jenis pemain yang tidak mudah berpuas hati. Tatkala rakan sepasukan lain lega mampu mencatatkan keputusan seri 1-1 ketika menentang Everton di Goodison Park tempoh hari Fernandes pula sebaliknya.
Pemain tengah berusia 25 tahun itu kecewa dan berpendapat United mampu beraksi lebih baik untuk memenangi perlawanan tersebut.
Nyata sekali Bruno Fernandes mempunyai mentaliti dan aura berbeza yang diperlukan untuk membantu United mencari kembali identiti yang sudah lama hilang.