Aubameyang Jelaskan Rahsia Gerakan Yang Kelirukan Zouma Untuk Hukum Chelsea

Untuk berkata Aubameyang adalah kapten yang menjadi contoh kepada pemain Arsenal lain dalam perlawanan ini adalah satu kenyataan yang boleh dianggap understatement.

Aksi Aubameyang lebih daripada itu. Kapten The Gunners itu sentiasa bertenaga dan tidak menunjukkan sebarang tanda kepenatan dengan lariannya yang adakalanya seperti kehilangan arah.

Semangat yang ditunjukkan oleh Aubameyang bagaimanapun memberi kelebihan kepada Arteta. Chelsea memilih untuk bertahan di garis tinggi (high line) namun akhirnya menghukum diri mereka sendiri dengan pilihan tersebut.

Apabila bekas penyerang Borussia Dortmund itu mengejar salah satu hantaran jauh, ia mewujudkan situasi Aubameyang hanya berhadapan dengan Cezar Azpilicueta.

Dalam situasi tersebut, Azpilicueta harus membuat keputusan pantas, dan ternyata beliau tidak mempunyai pilihan melainkan menjatuhkan Aubameyang – di dalam kotak penalti.

Pengadil perlawanan Anthony Taylor tiada pilihan melainkan memberikan sepakan penalti kepada Arsenal, dan Aubameyang mudah menewaskan Wili Caballero untuk gol penyamaan Arsenal.

Dan selepas sejam perlawanan berlangsung, Aubameyang menghidu satu lagi peluang jaringan.

Kali ini pemain antarabangsa Gabon itu mengelirukan bekas rakan sepasukan di Saint-Etienne, Kurt Zauma sebelum melakukan satu chip untuk menewaskan Caballero.

Ia adalah finale yang menakjubkan buat Aubameyang. Ketinggalan melalui gol awal Christian Pulisic, Aubameyang yang merupakan kapten pasukan memastikan Arsenal bangkit dengan dua jaringan.

Ia kelihatan seperti gerakan yang mudah atau rutin ketika Aubameyang menewaskan Kurt Zouma sebelum menjaringkan gol kemenangan Arsenal.

Namun ia sebenarnya tidak mudah mengambil kira bagaimana Zouma sangat mengenali corak permainan Aubameyang ketika kedua-duanya beraksi di Ligue 1.

Menjelaskan gol tersebut selepas perlawanan, Aubameyang berkata:

“Ia seperti gol [Ian] Wright pada 1990 an. Zouma amat mengenali [corak permainan saya]. Saya berkaki kanan.

“Jadi pada ketika itu saya berkata kepada diri saya: ‘OK, saya akan ke kiri, dan jaringan tersebut berjaya dihasilkan.”

Dengan menjaringkan dua gol, Aubameyang menjadi pemain Arsenal pertama menjaringkan dua gol di pentas akhir selepas Reg Lewis melakukannya dalam perlawanan menentang Liverpool pada 1950.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email