Atletico Madrid tidak menyembunyikan kegembiraan mereka layak ke suku akhir UEFA Champions League pada musim ini selepas menyingkirkan juara bertahan, Liverpool dengan agregat 4-2 d pusingan 16 pasukan terbaik.
Skuad kendalian Diego Simone terlebih dahulu ketinggalan oleh gol jaringan Georginio Wijnaldum pada babak pertama perlawanan.
Kedudukan 1-0 sepanjang tempoh 90 minit perlawanan, memaksa perlawanan diheret ke masa tambahan.
Hanya selepas empat minit perlawanan disambung, giliran Roberto Firmino pula memberikan kelebihan kepada Liverpool apabila menyudahkan bola muntah yang terkena palang hasik tandukannya sendiri.
1 – This was the first time Liverpool have failed to progress from a two-legged tie in European competition (inc. qualifiers) under Jurgen Klopp, having previously been successful in each of the previous 10. Shocked. pic.twitter.com/XrvU3cQtm1
— OptaJoe (@OptaJoe) March 11, 2020
Namun skuad kendalian Diego Simone tidak hanya berdiam diri.
Pemain gantian, Marcos Llorente menjaringkan dua gol pada minit ke-97, dan minit ke-105 untuk memastikan kelebihan kembali milik Atletico Madrid.
Klopp with a parting dig at Atletico Madrid 👀🤭 pic.twitter.com/S9tBDEY4Od
— Goal (@goal) March 11, 2020
Pada ketika ini, Anfield yang disifatkan sebagai antara stadium yang paling menggerunkan kepada lawan seolah-olah kaku.
Juara bertahan itu sah disingkirkan dari pertandingan elit eropah ini selepas Alvaro Morata menjaringkan gol ketiga buat Atletico.
Perlawanan ini mendapat reaksi yang berlainan daripada kedua-dua belah pihak.
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp seolah-olah mempersoalkan corak permainan yang ditampilkan oleh Diego Simone.
Walaupun Liverpool mendominasi 71% perlawanan, dan menghasilkan lebih tiga kali ganda percubaan ke arah gol berbanding Atletico, Liverpool tetap tewas perlawanan ini.
Corak permainan Atletico yang gemar bertahan dan melakukan serangan balas membuatkan segalanya sukar buat Liverpool
Atletico tetap bangga
Namun melalui muat naik di Twitter, Atletico Madrid tidak peduli akan semua komen itu dan tetap menganggap perlawanan menentang juara bertahan itu sebagai sebuah penghormatan.IaI
👏 It was an honour to face such an exceptional side at a legendary stadium, @LFC. The atmosphere at Anfield was incredible. Best of luck in the @premierleague. pic.twitter.com/tlxVQELoFB
— Atlético de Madrid (@atletienglish) March 12, 2020
“Ia adalah satu penghormatan beraksi menentang pasukan yang hebat di stadium yang hebat, Liverpool.
“Atmosfera di Anfield sangat hebat,” kata muat naik tersebut.
Walaupun gagal memenangi treble selepas tersingkir di pertandingan Piala FA dan UEFA Champions League, Liverpool kini semakin pasti akan dinobatkan selaku juara Liga Perdana Ingeris (EPL).
A night we will never forget. Thank you, Atleti Family!#AnotherWayOfLiving pic.twitter.com/jtEdDMh5eJ
— Atlético de Madrid (@atletienglish) March 12, 2020
“Selamat maju jaya di saingan Liga Perdana Inggeris,” tambah muat naik itu lagi.
Apa-apa pun, Atletico bangga dengan kemenangan tersebut sekaligus menjadikan ia malam indah buat Diego Simeone dan seluruh penyokong Atletico Madrid.