Penangguhan pengambialalihan Newcastle United berkemungkinan menyebabkan konsortium yang diketuai oleh Putera Mahkota Arab Saudi beralih kepada AS Roma.
Kelab Serie A itu kini dikatakan sedang mencari pemilik baharu.
Pengambilalihan Newcastle United daripada Mike Ashley kepada Amanda Staveley – wakil konsortium Arab Saudi – kini telah tertangguh selama beberapa minggu, dan beberapa kelab Premier League dikatakan tidak bersetuju dengan pengambilalihan tersebut.
Roma pula dikatakan sedang mencari pemilik baharu, setelah pemilik dari Amerika Syarikat, James Pallotta membenarkan syarikat Goldman Sachs mencari pembeli yang berminat.
— Mirror Football (@MirrorFootball) May 15, 2020
Menurut laporan Daily Star, kelab Itali tersebut telah menghubungi Putera Mahkota Arab Saudi sekiranya berminat, dan jika niat untuk mendapatkan Newcastle United terus terhalang.
Laporan tersebut mengatakan Roma tidak berniat untuk mengganggu proses pengambilalihan Newcastle.
Tetapi hanya mahu mengetahui sekiranya ada ruang untuk perbincangan lebih lanjut sekiranya pengambilalihan Newcastle United tidak menjadi kenyataan.
Wakil daripada Putera Mahkota Mohammed bin Salman dikatakan turut telah berbincang dengan wakil Pallota,Thomas R. DiBenedetto, Michael Ruane dan Richard D’Amore yang turut memiliki pegangan sejak 2011.
The proposed takeover has faced previous dissent from beIN SPORTS over piracy issues and Amnesty International over Saudi Arabia's human rights record.
— Sky Sports (@SkySports) May 12, 2020
Sebelum wabak global menjadi isu sejagat pada Mac lalu, warga Amerika, Dan Friedkin dikatakan berminat memiliki AS Roma. Namun ianya ditangguhkan dan tiada pengesahan akan dilakukan sehingga keadaan benar-benar pulih.
Newcastle United dan konsortium Arab Saudi telah menghantar segala dokumen kepada pihak berkenaan untuk tujuan pengambilalihan sejak lima minggu yang lalu.
Sejak daripada itu bantahan demi bantahan diterima. Syarikat penyiar berpengkalan di Qatar, beIN Sports adalah antara yang paling vokal mengenai pemilikan tersebut kerana kerisauan terhadap isu cetak rompak.
Isu lain seperti hak kemanusiaan turut membayangi pengambilalihan tersebut.