Arsenal β€˜Hadiahkan’ Kontrak Baharu Buat David Luiz

David Luiz telah menandatangani kontrak baharu selama setahun untuk kekal bersama Arsenal pada musim hadapan.

Karier pemain pertahanan Brazil di Emirates itu seakan-akan sudah berakhir setelah beberapa siri prestasi buruk termasuk ketika perlawanan persahabatan sebelum perlawanan Premier League disambung semula.

Ia diikuti oleh persembahan yang membuat ramai penyokong meratapi nasib pasukan, setelah Luiz menjadi punca kekalahan kepada Manchester City.

Tampil daripada bangku pemain simpanan, Luiz dipersalahkan kerana gol pembukaan Raheem Sterling.

Ia diikuti dengan terjahan dari belakang melulu ke atas Riyad Mahrez menyebabkan beliau menerima layangan kad kuning.

Namun selepas kecederaan yang menimpa Pablo Mari dalam perlawanan menentang Manchester City, Mikel Arteta dan Arsenal nampaknya tidak mempunyai pilihan selain untuk mengekalkan pemain itu di Emirates pada musim hadapan.

Sebelum ini Arteta sendiri berkata beliau berharap mampu untuk meyakinkan Luiz di Emirates melangkaui saingan musim ini.

The Gunners pada mulanya merancang untuk menandatangani Mari secara tetap pada nilai Β£13.5 juta.

Setelah pemain pertahanan Sepanyol itu disahkan terpaksa disisikan selama tiga bulan, Luiz dilihat sebagai pilihan terbaik oleh Arteta dan Arsenal tanpa perlu berbelanja besar di jendela perpindahan pemain akan datang.

Apa pendapat penyokong Arsenal mengenai kontrak baharu yang diberikan kepada David Luiz? Adakah wajar Arsenal berbuat demikian?

Atau apakah wujud solusi lain dalam memperbaiki benteng pertahanan The Gunners yang sememangnya dihantui masalah sejak beberapa musim lalu?

Kongsi artikel ini