Pada minit 22,Arsenal dikejutkan dengan satu jaringan menarik daripada luar kotak penalti oleh Martin Ellingsen namun sebelum wisel tamat separuh masa pertama ditiup, Kristoffer Haugen menyumbat masuk gol sendiri.
Ini berlaku apabila beliau ingin menghalang bola yang cuba dihantar oleh Nketiah kepada Willock tertampan ke dalam gawang sendiri.
Sekali lagi pada minit ke-62 Sherif Sinyan gagal mengeluarkan bola dengan baik apabila bola yang dihantar oleh Willock mencari 3 rakan beliau di dalam kawasan Zon 17 tertampan ke dalam gawang sendiri.
An own goal sees Arsenal equalise against Molde…
Minutes earlier, Nketiah had a goal ruled out for offside. Replays show he was well onside 😳
No VAR in the Europa League group stages 🤷♂️#UEL pic.twitter.com/zESukIEHQl
— Goal (@goal) November 5, 2020
Penjaga gol Molde,A Linde kelihatan kecewa selepas ditewaskan oleh 2 gol sendiri pada malam itu.
7 minit selepas itu giliran Pepe menambah derita pasukan Molde apabila menjaringkan gol menarik selepas satu bantuan jaringan menarik dilakukan oleh Saka.
Derita Molde ditambah dengan gol pada minit ke-88 menerusi Willock,pemain muda yang telah menjaringkan 2 gol dan 1 bantuan jaringan menerusi 6 perlawanan.
🔵⚽️ Ellingsen 22'
🔴⚽️ Haugen OG 45'
🔴⚽️ Sinyan OG 62'
🔴⚽️ Pepe 69'
🔴⚽️ Willock 88'Molde score three goals, Arsenal score two, but it ends Arsenal 4-1 Molde 😅#UEL pic.twitter.com/tp7ZFzY4Qh
— Goal (@goal) November 5, 2020
Keputusan yang dilakukan oleh Mikel Arteta melakukan 9 pertukaran daripada kesebelasan utama menentang Manchester United tidak memakan diri. Hanya Leno dan Willian sahaja yang dikekalkan daripada perlawanan sebelum ini yang mencatatkan kemenangan 1-0.
Meskipun pada awalnya mereka kurang memberikan saingan pada separuh masa pertama namun hadir dengan separuh masa kedua dengan lebih bertenaga dan intensiti permainan dipertingkatkan.Willock antara pemain diberikan perhatian pengulas perlawanan meskipun tidak pernah beraksi dalam Liga Inggeris.
Menariknya hanya tiga daripada 41 hantaran beliau tidak menemui sasaran.
Pemain muda ini juga memberikan ancaman di bahagian sayap apabila berjaya menghasilkan 5 hantaran lintang selain mampu merampas bola sebanyak 4 kali melebihi mana-mana pemain Arsenal pada malam itu.
Adakah Willock akan diturunkan pada perlawanan menentang Aston Villa pada Ahad ini di Stadium Emirates? Sama-sama kita nantikan.