Arjen Robben kini diberikan peluang untuk keluar dari persaraan pada usia 36 tahun.
Bekas pemain Chelsea dan Bayern Munich itu menamatkan karier selama 19 tahun pada musim panas lalu.
Namun kelab Brazil, Botafogo dikatakan telah melakukan tawaran untuk beraksi semula kepada pemain sayap Belanda itu, untuk memujuk beliau beraksi untuk semusim lagi.
Malah Presiden Botafogo, Rcardo Rotenberg mendedahkan Robben gembira dengan tawaran yang diterimanya.
Arjen Robben has been offered a chance to come out of retirement by Brazilian side Botafogo.
If you could have one retired Chelsea player back at the club who would it be? #CFC pic.twitter.com/oRWEzNpY3i
— CW (@ChelsWriter) May 6, 2020
“Robben adalah idola saya, saya berpendapat beliau adalah pemain yang hebat,” kata Rotenberg.
“Akan sentiasa ada risiko apabila anda sudah tidak melakukan perkara yang lama telah anda lakukan. Tetapi saya berjaya menghubungi beliau. Beliau gembira dengan tawaran itu.
“Kami tahu ia sukar kerana beliau sudah lama tidak beraksi dan beliau juga boleh sahaja mendapat tawaran empat kali ganda lebih mewah.
“Tetapi beliau tahu akan minat yang ditunjukkan oleh Botafogo.”
Pada April lalu Robben berkata beliau semakin gian untuk kembali beraksi.
Arjen Robben on coming out of retirement:
🗣️- "In the beginning I didn't miss football at all. But then there was a phase when it tickled again and I had thoughts such as: 'Hey, maybe I would like to play a little again." pic.twitter.com/9QEePPqfgw
— NetBet Nigeria (@Netbet_NG) May 4, 2020
“Sudah tentu kaki saya semakin gian untuk beraksi, ia mungkin akan kekal begitu. Mungkin juga saya mahu kembali beraksi lagi. Adakalanya saya mempunyai perasaan begitu,” kata Robben.
Robben pernah beraksi di Belanda, England, Sepanyol, dan Jerman, memenangi 12 kejuaraan sepanjang tempoh tersebut.
Karier beliau bermula dengan PSV, Chelsea dan kemudian Real Madrid, namun paling diingati di Bayern Munich, di mana beliau beraksi selama 10 tahun sebelum mengumumkan persaraan.
Adakah Robben akan keluar dari persaraan?