Aritz Aduriz Umum Persaraan Dalam Kenyataan Penuh Emosi

Penyerang Athletic Bilbao, Aritz Aduriz telah mengumumkan persaraan akibat kecederaan, dan penularan wabak global menyebabkan beliau dinafikan pengakhiran seperti yang diimpikan.

Arduriz sepatutnya akan beraksi dalam perlawanan akhir Copa del Rey pada April lalu.

Namun kecederaan pinggul yang memerlukan pembedahan dan diganti, bermakna karier Arduriz telah menemui penghujungnya.

“Masanya telah tiba. Banyak kali saya berkata bahawa satu hari nanti sama ada bola sepak akan meninggalkan anda, atau anda terpaksa meninggalkan bola sepak,” kata penyerang tersebut yang pernah melakukan 17 penampilan bersama Sepanyol.

“Semalam doktor berkata saya memerlukan pembedahan segera, agar prostetik dapat dijadikan pengganti kepada pinggul, dan menjadikan kehidupan saya seterusnya normal.

“Malang sekali badan saya sudah berkata, ia [beban] sudah cukup.

“Saya tidak boleh membantu rakan sepasukan sepertimana yang saya mahukan, atau sepertimana yang sepatutnya mereka dibantu. Demikianlah kehidupan seorang atlet profesional.

“Ia begitu rapuh. Amat rapuh.”

Aduruz menjaringkan 141 gol sepanjang 296 perlawanan yang dilaluinya bersama Bilbao, dan turut pernah beraksi bersama Valencia dan juga Mallorca.

 

Kongsi artikel ini