Insiden penjaga gol Sri Pahang FC dari Mali, Mamadou Samassa mengamuk dan cuba menyerang Faisal Halim selepas sepakan penalti Terengganu FC yang disempurnakan pemain itu pada malam tadi menarik perhatian bola sepak tempatan.
Dalam perlawanan Liga Super Malaysia yang berlangsung di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Terengganu FC menewaskan Sri Pahang FC dengan jaringan 2-1.
Punca goli Sri Pahang maroh @faisalhalim_7 ! nakal sokmo mung ork 🤣 pic.twitter.com/8d16WBJrY9
— TERENGGANU (@11Terengganu) July 3, 2022
Sepakan penalti yang disempurnakan Faisal menjadi kontroversi selepas tindakan pemain itu mengejek cubaan penjaga gol tinggi lampai itu menyelamatkan sepakan.
Insiden minit ke-80 perlawanan tersebut memaksa Samassa ditenangkan oleh rakan sepasukan yang lain sebelum perlawanan dapat diteruskan kembali.
Apa yang berlaku sebenarnya?
Timbul tanda tanya apakah perkara yang mendorong Faisal Halim menunjukkan sikap sedemikian rupa.
Apatah lagi status Faisal sebagai pemain kebangsaan yang sedang meningkat naik di pentas antarabangsa, perbuatan sedemikian dilihat sebagai contoh yang tidak baik kepada generasi muda dan industri sukan ini.
Syazwan Zainon simpan dendam lama kot. Masa Faisal Halim main dengan Pahang dulu pernah ada isu juga dengan dia. https://t.co/wzxsNKtbjg
— Empayar Skuad Tok Gajah (@ES_TokGajah) August 23, 2021
Dianggap sebagai perbuatan yang tidak memiliki semangat kesukanan, ini bukan kali pertama Faisal Halim terpalit dengan kontroversi membabitkan rasa tidak puas hati pemain lawan.
Semua sedia maklum mengenai insiden melibatkan Faisal dengan Syazwan Zainon dan Syafiq Rahim sebelum ini.
— No Context Bola Malaysia (@nocontextbolamy) June 2, 2022
Insiden sebegini dianggap tidak diperlukan di dalam bola sepak dan hanya memberikan imej tidak baik kepada bola sepak negara.
Tetapi apakah sebenarnya yang berlaku ketika perlawanan pada malam tadi?
Faisal Halim diprovokasi Sammasa?
Sebelum kejadian Faisal Halim ‘copy paste’ aksi menyelamat Samassa, terdapat dakwaan penjaga gol Mali itu melakukan provokasi terhadap Faisal Halim.
— GaryLugard (@garylugard) July 4, 2022
Jika diperhatikan, terdapat pertikaman lidah berlaku di antara kedua-dua pemain sebelum sepakan kedua diambil oleh Faisal dan ketika Samassa kembali ke gawangnya.
Pengadil perlawanan turut berada berhampiran, namun tidak ada tindakan diambil oleh beliau atas keseluruhan insiden tersebut.
Mujurlah perlawanan tersebut hanya setakat aksi saingan liga tempatan. Tindakan sama oleh Faisal Halim boleh dikenakan layangan kad kuning sekiranya ianya berlaku di perlawanan antarabangsa.
Semoga Faisal dan pemain-pemain lain mengambil insiden ini sebagai pengajaran dan tidak mengulanginya pada masa hadapan.