Penjaga gol Liverpool Alisson Becker memberikan penghargaan buat Jurgen Klopp atas impak yang dihadirkan pengurus dari Jerman itu sehingga mampu membawa Liverpool muncul juara Liga Perdana Inggeris.
Dan Alisson yakin apa yang Liverpool capai setakat ini hanyalah permulaan.
Selepas 30 tahun kemarau kejuaraan liga, Liverpool akhirnya menamatkan penantian tersebut pada musim ini.
Dan lebih menakjubkan The Reds melakukannya tanpa banyak saingan daripada pasukan-pasukan lain, menamatkan musim dengan kelebihan 18 mata berbanding Manchester City di kedudukan kedua.
Liverpool goalie Alisson on Jurgen Klopp 🗣️
"He is a passionate guy and he shows that. He wants to win and make Liverpool an even greater club."
[Bola da Vez] pic.twitter.com/7wICZqcc10
— VBET News (@VBETnews) August 2, 2020
Jumlah kutipan 99 mata yang diperolehi pada musim ini adalah kedua tertinggi dalam sejarah pertandingan. Liverpool turut bergelar juara dengan baki 7 perlawanan untuk dilalui – pencapaian yang belum pernah dilakukan mana-mana pasukan.
Dan pada separuh pertama musim ini, kelab Merseyside itu turut bergelar juara UEFA Super Cup dam Piala Kelab Dunia, walaupun nasib mereka di Champions League disekat oleh Atletico Madrid pada Mac.
Chelsea pula menyingkirkan Liverpool di pertandingan Piala FA, tatkala Aston Villa menewaskan pasukan kedua Liverpool di pertandingan EFL Cup.
Alisson: Credit Klopp for guiding Reds to title pic.twitter.com/x4YDRy3K9H
— Camilo V. Torres (@Camival69) August 2, 2020
Walaupun melalui musim yang sibuk, Alisson berpendapat perancangan Klopp berjaya mengubah nasib kelab tersebut.
“Ini adalah antara musim paling memenatkan pernah saya lalui,” ujar Alisson kepada ESPN Brazil.
“Saya tidak pasti sama ada ia kerana penularan wabak, atau kerana musim yang bertambah panjang… Ia juga musim dimana saya beraksi kurang perlawanan disebabkan kecederaan.
“Kami disingkirkan dari Champions League lebih awal, namun saya berpendapat kepenatan itu datang kerana kami sentiasa memberi yang terbaik sepanjang masa.
Alisson on Klopp: “He treats everyone equally which gives him a lot of credit. Nobody is special, every player is treated in the same way. From the one who plays more to the one who does not play. We also have an easy squad to deal with.“ pic.twitter.com/jrzRVo9K3q
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) July 25, 2020
“Klopp memainkan peranan penting untuk itu kerana sentiasa mengingatkan pemain objektik utama.
“Kami juga sentiasa peduli bagaimana untuk mencapai objektif tersebut – latihan, dan cara Klopp mengendalikans setiap sesi latihan.
“Beliau percaykan kami untuk apa yang beliau mahu laksanakan, bukan hanya di padang latihan, tetapi juga dalam kehidupans seharian.
“Beliau adalah seorang jurulatih yang sentiasa bersemangat, dan beliau menunjukkan itu. Beliau mahukan kemenangan dan ia membuatkan Liverpool menjadi kelab yang lebih hebat.”
Alisson juga percaya ia amat penting untuk mempertahankan nilai yang Liverpool telah bina, iaitu kebersamaan – dan bukan bergantung kepada mana-mana individu semata-mata.
FC Liverpool: Alisson lobt Klopp: Er hat den Club „revolutioniert“ https://t.co/dk0pn1sQhi pic.twitter.com/imoVtFfL09
— Westdeutsche Zeitung (@wznewsline) July 26, 2020
Ia adalah rahsia kejayaan pasukan itu sejak beberapa musim lalu di bawah kendalian kelab.
“Kumpulan [pemain] ini amat kuat,” tambah beliau.
“Setiap pemain mempunyai kualiti individu yang amat baik. Kami juga sentiasa mempunyai sekurang-kurangnya empat pemain berada pada tahap terbaik, pemain terbaik dunia pada posisi masing-masing.
“Itu membuatkan pasukan ini istimewa. Tetapi apa yang memberikan perbezaan adalah bagaimana kami bermain bersama.
“Kami berfikir sebagai sebuah pasukan, dan mempunyai objektif yang sama. Dan perkara ini membantu kami untuk mengejar setiap objektif, bersandarkan kepada kekuatan mentaliti dan fizikal.”