Apa akan jadi sekiranya Lewis Hamilton dan Valentino Rossi saling bertukar jentera di litar? Mampukah Rossi memandu kenderaan Formula 1 sebaik beliau menunggang jentera Yamaha di Moto GP?
Atau mampukah Hamilton menunggang jentera milik Rossi sepantas beliau memandu kenderaan Mercedes F1?
Pertanyaan ini akhirnya terjawab di Valencia. Juara enam kali F1, Hamilton akan menunggang jentera Yamaha milik Rossi.
1️⃣5️⃣ world titles in motorsport, and are arguably the greatest of all-time at their craft.
This week, Lewis Hamilton and Valentino Rossi – superstars of F1 and MotoGP – traded machinery for the ultimate racer job swap.#SkyF1 #LH44VR46 #MonsterEnergy #MotoGP #F1
— Sky Sports F1 (@SkySportsF1) December 11, 2019
Rossi yang memiliki sembilan kejuaraan pula akan memandu kenderaan Mercedes milik Hamilton.
Wartawan pemotoran Sky Sports turut diundang untuk melakukan kiraan masa bagi kedua-dua legenda pemotoran ini.
Hamilton mungkin memiliki sedikit pengalaman menunggang motorsikal, namun ini adalah pengalaman pertama kali beliau bersama jentera MotoGP.
Manakala bagi Rossi, ini adalah pengalaman pertama beliau di dalam kokpit jentera F1 selepas pernah melakukannya sebelum ini bersama Ferrari sembilan tahun yang lalu.
Hasilnya, Rossi merekodkan catatan masa kurang 1.5 saat dari masa yang direkodkan oleh Hamilton menggunakan kereta F1 yang sama.
Hamilton pula menamatkan catatatan 4 saat lebih perlahan berbanding Rossi – catatan masa yang boleh dianggap sangat baik bagi kedua-dua nya.
Hanya ada satu kesimpulan. Kedua-dua Hamilton dan Rossi sememangnya berdarah pelumba. Baik jentera Formula 1 atau Moto GP, Hamilton dan Rossi membuktikan diri mereka memang gemarkan kelajuan.