Penyerang Borussia Dortmund yang juga merupakan pemain kebangsaaan Norway , Erling Braut Haaland telah menerima anugerah Golden Boy 2020 sebagai pemain muda terbaik seluruh dunia diikuti Ansu Fati dari Barcelona dan Alphonso Davies , Bayern Munich.
Anugerah tersebut dihadiahkan oleh akhbar Tuttosport melalui proses pengundian intensif , termasuk penilaian oleh panel pakar sukan global, kepada pemain di bawah usia 21 tahun yang akan menjadi bintang ternama untuk kelab dan negara.
Your 2020 Golden Boy Award Winner:
⭐️ ERRRRRLIIINNNGG HAAAALAAND ⭐️ pic.twitter.com/hphdKojUtd
— Borussia Dortmund (@BlackYellow) November 21, 2020
Liga Premier Inggeris turut menyaksikan pemain muda Manchester City Phol Foden , Mason Greenwood dari Manchester United , Bukayo Saka , Arsenal dan Callum Hudson – Odoi dari Chelsea turut tersenarai 20 pemain muda dalam anugerah itu.
Mason Greenwood has been named on the 20-man shortlist for the 2020 Golden Boy award 🌟 pic.twitter.com/lqpC857EWO
— United Zone (@ManUnitedZone_) October 15, 2020
Anugerah Golden Boy pada tahun sebelum ini dimenangi oleh Kylian Mbappé pada tahun 2017, Matthijs de Ligt pada tahun 2018 dan Joao Felix pada tahun 2019.
Haaland baru sahaja berusia 20 tahun telah dipinang oleh kelab Borussia Dortmund dari RB Salzburg , Austria dengan yuran perpindahan bernilai 20 juta euro pada Januari 2020 yang lalu.
33 goal contributions in 29 games:
🏟 29 Games
⚽️ 27 Goals
🎯 6 AssistsErling Haaland (20) has beaten the likes of Jadon Sancho, Alphonso Davies and Ansu Fati to win the 2020 Golden Boy award 🥇 becoming the 2nd Borussia Dortmund player to receive the award after Mario Götze. pic.twitter.com/waSf4lRdd5
— MOLATsportgist ™🇳🇬 (@Molatsportgist) November 21, 2020
Anak kepada bekas penyerang Leeds United , Alf-Inge Haaland telah bermain sebanyak 33 kali dan merekodkan 29 jumlah jaringan gol untuk 2 musim berturut bersama dengan Borussia Dortmund.
Rekod jaringan Haaland untuk permainan antarabangsa mewakili Norway juga amat baik untuk pemain berusia 20 tahun ini dengan 18 gol termasuklah enam gol dijaringkan dalam saingan UEFA Nation League,
Pada musim 2019/2020 Haaland telah menjaringkan 44 gol yang mana 16 gol telah dihasilkan bersama Borussia Dortmund selepas menyertai kelab Bundesliga itu pada awal musim panas lalu.