Antonio Conte Hampiri sebagai Pengurus Tottenham Hotspurs

Antonio Conte yang baru sahaja meninggalkan Inter Milan tiga minggu yang lalu tidak perlu menunggu masa yang lama untuk mendapatkan kerja baharu setelah kelab Spurs sedang berbincang dengan ejen beliau untuk membawanya ke kota London sedikit masa lagi.

Bagaimanapun , perbincangan diantara kedua belah pihak mungkin menjadi lebih panjang kerana Conte mahu tahu perancangan lembaga kelab tersebut berkenaan dengan terma kontrak jangka panjang , gaji , pembelian pemain baharu dan dana yang disediakan pada musim 2021/2022 nanti.

Spurs yang sedang mencari pengurus tetap kelab itu setelah memecat Jose Muorinho pada April yang lalu dan melantik Ryan Mason sebagai pengurus interim sehingga ke penghujung musim dan berjaya membawa pasukan berada di tangga ke 7 dalam liga Inggeris.

Pada minggu lepas Spurs cuba menawarkan semula kerusi panas pengurus kepada Mourocio Pochettino yang baru sahaja enam bulan mengendalikan Paris Saint Germany , namun kelab Perancis itu enggan melepaskan jurulatih tersebut.

Conte yang pernah melatih kelab Chelsea selepas Euro 2016 pernah memenangi trofi Liga Premier Inggeris dan Piala FA pernah berkata , beliau pasti akan kembali semula ke London kerana suka dengan persekitaran dan astmosfera di sana.

Daniel Levy juga berusaha membawa Fabio Paratici yang meninggalkan kelab Juventus sebagai Pengarah Sukan kelab baharu yang pernah bergabung dengan Conte pada tahun 2011-2014 sehingga membawa kejayaan yang gemilang di Juventus.

Bekas pengendali Itali yang berusia 51 tahun mengambil keputusan melepaskan jawatannya sebagai pengurus Inter Milan kerana kelab berkenaan mahu membuat perstrukturan kewangan kelab dengan memotong 15-20 gaji pemain termasuk kakitangan pemain dan menjual pemain yang mempunyai nama besar untuk mengurangkan keberhutangan serius kelab itu.

Conte berjaya mengemudi Inter Milan dengan menggondol trofi Liga Serie A setelah memenanginya kali terakhir 11 tahun yang lepas dibantu oleh pemain hebat seperti Romelu Lukaku , Arturo Vidal , Christian Eriksen dan Achraf Hakimi.

Bekas pemain Manchester United , Alexis Sanchez dan Ashley Young juga turut membantu pasukan Conte untuk menjuarai liga Itali tersebut.

 

Kongsi artikel ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on print
Share on email