Bekas pemain Itali dan Real Madrid, Antonio Cassano membuat pendedahan mengejutkan yang menjadi punca kejatuhan kariernya di dalam bola sepak.
Ketika ditemubual oleh Sky Sports, Cassano membandingkan ditrinya dengan pencapaian bintang Barcelona, Lionel Messi.
Malah Cassano berpendapat dirinya mampu menjadi lebih hebat dari Messi jika memberikan fokus sepenuhnya terhadap kariernya.
Pernah dianggap sebagai salah seorang pemain muda dengan prospek untuk pergi lebih jauh dalam bola sepak dunia, Cassano bagaimanapun melalui karier yang kelab akibat ketagihan seks dan kegagalan mengawal nafsu makan.
Antonio Cassano, AS Roma, 21 years old. pic.twitter.com/IQMlz9OSMg
— Scouted Football (@ScoutedFtbl) February 20, 2020
Ketika bersama Roma (2001-2004) – sebelum menyertai Real Madrid – Cassano telah menghasilkan 52 gol dan menghasilkan 7 assist dari 161 penampilan.
Namun penghijrahan pemain itu ke Santiago Bernabeu adalah permulaan kepada malapetaka terhadap kariernya.
Cassano hanya mampu menghasilkan empat gol dan tiga assist dari 29 penampilan untuk Los Blancos. Tetapi kegagalannya di Madrid hanya kerana kesilapan yang beliau lakukan sendiri.
"I could have been like Lionel Messi," says former Real Madrid forward Antonio Cassano
READ: https://t.co/zx2xTuvVtn pic.twitter.com/hJBvkThB0p
— Times Now Sports (@timesnowsports) January 16, 2019
“Saya lebih baik daripada Messi, tetapi saya memiliki banyak masalah. Saya pernah beraksi dengan hebat setelah melakukan hubungan seks. Misalnya, dalam perlawanan Roma-Juventus kami menang 4-0,” kata Cassano yang kini berusia 37 tahun.
“Di Madrid saya tidak bermain dengan baik, tetapi terus dengan sikap bersenang-lenang. Saya tiba dengan berat badan 93 kg, dan tahu berat yang ideal sepatutnya ialah 83 kg.
Real Madrid: Antonio Cassano's biggest mistake. pic.twitter.com/pi5Lg7auSp
— B/R Football (@brfootball) February 4, 2017
“Tetapi saya tetap suka makan dan makan,” tambahnya lagi.
Berat badan yang berlebihan dan ketagihan kepada sek selepas itu diakui oleh Cassano sebagai penyebab utama karier beliau di Madrid terus malap.
Pemain itu kemudiannya kembali ke Itali untuk menyertai Hellas Verona – kelab terakhir yang diwakilinya sebelum bersara.