Antara Empat Sebab Mengapa Liverpool Tidak Boleh Keciciran Mata Lagi


Liverpool sepatutnya wajib menang ke atas pasukan Brighton pada 4 Februari yang lalu , namun perancangan itu tidak menjadi apabila mereka tewas pula 0-1 hasil jaringan penalti oleh Steven Alzate pada separuh masa kedua.

Liverpool vs Brighton: Brighton Deal Huge Blow To Liverpools Premier League Title Hopes

Kegagalan anak-anak buah Jurgen Klopp dalam perlawanan itu menyaksikan mereka telah keciciran sebanyak tujuh mata kepada pendahulu liga premier , Manchester City dan masih mempunyai kelebihan dua perlawanan lagi.

Kekalahan kedua The Reds di kubu kuat Anfield amat menyakitkan hati kepada penyokong-penyokong ‘kipas susah mati’ mereka kerana tewas kepada kelab kerdil EPL ia merupakan satu petanda bahawa prestasi Liverpool tidak begitu memberangsangkan pada musim ini.

Juara EPL musim 2019/2020 itu akan bertemu dengan pasukan Pep Guardiola pada Isnin 08 Februari jam 12.30 malam (waktu Malaysia) di Anfield. Perlawanan ini sudah semestinya menjadi perhatian ramai peminat kedua-dua kelab itu kerana ia merupakan pertemuan diantara dua calon terkuat untuk merangkul mahkota liga Inggeris untuk musim 2020/2021.

Ini empat sebab kenapa Liverpool tidak boleh keciciran mata lagi untuk perlawanan-perlawanan yang seterusnya.

1.Calon terkuat Juara Liga Premier Inggeris 2020/21

Jurgen Klopp telah membentuk skuad Liverpool menjadi satu pasukan yang ampuh dan kuat dalam tempoh lima tahun sahaja dengan mempunyai pemain-pemain yang menunjukkan prestasi luar biasa dan konsisten serta bersemangat juang tinggi.

Pada tahun 2018/2019 , mereka berada di tangga kedua EPL di belakang pendahulu liga dengan perbezaan satu mata sahaja dan terpaksa membenarkan skuad Pep Guardiola menjulang mahkota Liga Perdana Inggeris.

Tahun berikutnya , Jurgen Klopp dan anak-anak buahnya memberikan hadiah paling bermakna kepada penyokong Liverpool apabila ditabalkan juara Liga Perdana Inggeris 2019/2020 setelah sekian lama menunggu 30 tahun untuk mencapai kejayaan tersebut.

Liverpool memiliki jurulatih yang terbaik di dunia selain daripada beberapa pemain handalan dan sudah pasti beberapa masalah seperti kecederaan dan posisi pemain dapat di atasi oleh Jurgen Klopp untuk sekali bergelar juara pada musim ini.

2. Tidak terlepas pusingan automatik UEFA Champion League.

West Ham United dan Everton sedang berkejaran mata untuk merebut posisi terbaik dalam empat kelab teratas. Kedua-dua pasukan ini hanya berbeza mata dengan Liverpool yang berada di tangga keempat cuma tiga mata sahaja.

 

Paling mencuri tumpuan sekali ialah kedudukan West Ham United yang hanya berbeza satu mata dengan Liverpool. Tetapi perlawanan ke 23 skuad David Moyes itu hanya mampu mencatat keputusan seri 0-0 pada perlawanan berhadapan Fulham awal pagi tadi.

Sekurang-kurangnya kedudukan Liverpool selamat setakat ini dan sudah tentu ia meredakan tekanan di dalam kem Liverpool.

3. Harapan besar penyokong The Reds

Dengan dua musim yang amat membanggakan , pastilah penyokong Liverpool mahukan kejayaan merangkul kejuaraan EPL pada musim ini. Sekiranya berjaya mempertahankan mahkota EPL dari dirampas oleh pasukan lain , sudah pasti Liverpool juga akan mencipta rekod seperti Manchester City yang bergelar juara liga premier dua kali berturut.

4. Kemenangan ke atas The Citizens kembalikan Reputasi Liverpool

Liverpool mesti menang ke atas Manchester City untuk mengurangkan mata defisit mereka dan seterusnya terus mencabar kedudukan tiga kelab di hadapan mereka.

Hujung  Januari lalu Liverpool telah melengkapkan perpindahan pemain pertahanan iaitu Ben Davis dan Ozan Kobak (pinjaman ) daripada kelab bahagian dua Preston North End dan Schalke 04 , German.

Kedua-dua pemain ini akan menampung posisi pertahanan Liverpool yang menjadi isu besar setelah kecederaan Virgil van Dijk , Joel Matip dan Joseph Gomez yang akan mengambil masa yang lama untuk mereka pulih.

Rumusan

Sudah pasti Jurgen Klopp akan terus berjuang bersama anak buahnya untuk cuba bertahan dalam empat kelab teratas. Walaupun jumlah mata yang semakin jauh ditinggalkan oleh City , nyata mereka tidak akan mengalah udan sedaya upaya melawan habis-habisan sehingga ke penghujung musim ini.

Ternyata  , perebutan kejuaraan liga premier terus terbuka dengan persaingan di antara kelab Leicester City , Manchester City , Liverpool dan Manchester United di samping kelab seperti Chelsea , Everton dan West Ham yang mengintai tangga kelima dan keempat EPL.

 

 

 

Kongsi artikel ini