Bruno Fernandes akhirnya merasai kemenangan pertama bersama Manchester United pada awal pagi tadi.
Lebih setengaj bulan Fernandes disahkan sebagai pemain United, tetapi disebabkan cuti rehat sempena musim sejuk di England, perlawanan menentang Chelsea menjadi penampilan kedua buat pemain dari Portugal ini.
Perlawanan pertama Fernandes sebagai pemain United berakhir dengan sedikit kekecewaan. United mengakhiri perlawanan seri tanpa jaringan menentang Wolverhampton Wanderers.
Bruno Fernandes already has as many PL assists this season as Mesut Özil (1).
Didn’t take long. 😉 pic.twitter.com/eQ19sBhGPe
— Statman Dave (@StatmanDave) February 17, 2020
Manakala penampilan kedua Fernandes menghadirkan sumbangan pertama berbentuk bantuan gol yang memberikan Manchester United kemenangan berharga – untuk terus berada dalam persaingan merebut tempat ke saingan Champions League pada musim hadapan.
Dihasilkan dari sepakan sudut, hantaran oleh Fernandes dianggap ‘pakar’ oleh Ole Gunnar Solksjaer dan berkata Fernandes adalah antara pemain terbaik yang mamhu menghasilkan ancaman dari set-piece beliau pernah saksikan.
Tetapi itu bukan sahaja ancaman atau kelebihan yang dimiliki oleh Hernandes sepertimana yang ditampilkan dalam perlawanan pada awal pagi tadi.
Fernandes vs Chelsea
Selain daripada bantuan gol untuk Harry Maguire, bagaimanakah penampilan keseluruhan Fernandes?
Jawapannya agak mengujakan – apatah lagi apabila Fernandes dinamakan sebagai pemain terbaik perlawanan untuk dua perlawanan berturut-turut.
Secara keseluruhan bekas pemain Sporting Lisbon ini menghasilkan ketepatan hantaran hampir 80%, menghasilkan tiga peluang untuk menjaringkan gol, tiga recoveries, dan memenangi dua terjahan.
Bruno Fernandes' stats v. Chelsea :
3 ball recoveries
79% pass accuracy
2/4 crosses
2 tackles won
4 chances created – most
1 assist🇵🇹🇵🇹#MUFC #ManUtd #CHEMUN pic.twitter.com/sLiS1eMEZ3
— statmanfarouq (@statmanfarouq) February 17, 2020
Malah Fernandes turut terlibat dalam lima dari sembilan percubaan ke arah gawang Chelsea sepanjang perlawanan.
Akhbar terkenal UK, The Guardian menyifatkan penampilan Fernandes dalam perlawanan tersebut sebagai: “Berdasarkan bukti awal, ia menunjukkan Fernandes mempunyai masa depan yang cerah.”
Di dalam artikel tersebut, ia dijelaskan secara harfiah bahawa Bruno Fernandes adalah apa yang Ole Gunnar Solksjaer dan United tidak miliki selama ini.
Pemain kreatif yang diperlukan Solskjaer
Statistik Fernandes sebelum tiba di United sudah membayangkan kualiti yang mampu dijana oleh pemain ini.
Ketika di Portugal Bruno Fernandes telah mencatat 11 gol dan 10 bantuan bersama Sporting Lisbon. Semua iuu dilakukan dalam 14 penampilan Liga NOS (Portugal) dan pertandingan UEFA Europa League pada musim ini.
Fernandes turut tiba dengan rekod purata 4 percubaan tepat bagi setiap perlawanan, 77% hantaran tepat dan purata lebih kurang 3 hantaran kunci. Sesuatu yang diperlukan oleh Manchester United pada masa ini.
Finish the sentence 👇
Bruno Fernandes is…#CHEMUN pic.twitter.com/nn2GVskQWU
— Goal (@goal) February 17, 2020
Dua perlawanan EPL bersama United, secara keseluruhan 7 percubaan dan 3 hantaran kunci, telah dihasilkan bersama 1 bantuan gol.
Skuad United di bawah kendalian Solskjaer belum lagi lengkap dan mungkin masih awal untuk sebarang tanggapan positif sehingga konsistensi ditemui oleh skuad ini.
Tetapi ia kelihatan Solksjaer berada di landasan tepat untuk menjadikan skuad ini berada di acuan yang beliau inginkan dengan kehadiran Fernandes – buat masa ini.