Jika tidak kerana Covid-19, skuad negara kendalian Tan Cheng Hoe mungkin sudah pun melayakkan diri ke Piala Asia 2023, dan mara ke pusingan kelayakan seterusnya Piala Dunia 2022.
Skuad Harimau Malaya sepatutnya berhadapan dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada 26 Mac, sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 31 Mac yang lalu.
Sebagai penyokong pasukan negara kita mahu optimis. Sekiranya dua perlawanan tersebut berjaya dilangsungkan dengan keputusan positif, ini bermakna Malaysia hanya perlu menanti kunjungan ke Thailand untuk mengesahkan kemaraan.
#WCQ FULL TIME
🇲🇾 Malaysia 2-1 Thailand 🇹🇭Sumareh's winner gives Malaysia bragging rights in this Southeast Asian Derby
👇 Scores and more from 2022 Asian #WorldCup qualifying 👇
— FIFAWorldCup (@FIFAWorldCup) November 14, 2019
Senario di atas tidak mustahil daripada berlaku mengambil kira kedudukan pusingan kelayakan di Kumpulan G yang masih terbuka.
Selepas lima perlawanan, skuad Cheng Hoe kini berada di kedudukan kedua, di belakang Vietnam dibezakan dengan hanya dua mata.
Daripada lima perlawanan yang dilalui tersebut, pasukan negara telah mencatat tiga kemenangan, termasuk kemenangan 2-1 ke atas Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil pada November tahun lalu.
Maka tidak hairanlah prestasi positif yang ditampilkan skuad Harimau Malaya sepanjang kempen kelayakan kali ini mengundang gemuruh lawan, termasuklah Thailand dan media di negara tersebut.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 14th November 2019
Full Time
MALAYSIA 2-1 THAILAND
⚽️ Brendan Gan 26' Mohamadou Sumareh 56'
⚽️ Chanathip Songkrasin 7'#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/6UHKl4N6f1— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 14, 2019
Melalui salah satu artikel di sebuah portal oleh stadiumth, penulis terkenal online di negara Gajah Perang, Phongrat Winai Watthanawong menggariskan beberapa faktor yang dilihat menjadikan skuad Harimau Malaya sebagai pilihan untuk mara ke pusingan kelayakan yang seterusnya.
Bagi Watthanawong, Malaysia adalah sebuah lagi pasukan yang dianggap mempunyai kekuatan seperti Vietnam yang dikendalikan oleh Park Hang-Seo di dalam saingan Kumpulan G kali ini.
Malah melalui tulisannya, Watthanawong optimis pasukan negara mampu mencapai keputusan positif di Dubai, mengambil kira tempoh persiapan dan persediaan kedua-dua pasukan.
Ini kerana bagi beliau, Tan Cheng Hoe lebih mengenai barisan pemainnya berbanding UAE yang bersilih ganti jurulatih sejak beberapa bulan yang lalu.
UAE FA Terminates The Contract of The National Team Coach Ivan Jovanovic .. pic.twitter.com/wuBkZZEi26
— UAEFA (@uaefa_ae) April 6, 2020
Setelah memecat Bert van Marwijk pada Disember tahun lalu, UAE turut memecat pengganti kepada beliau, Ivan Jovanovic semalam.
Siapa pun yang bakal mengisi kerusi panas jawatan Ketua Jurulatih UAE selepas ini, pasti akan berhadapan dengan cabaran berliku berhadapan anak buah Tan Cheng Hoe pada perlawanan seterusnya.
Watthanawong turut menggariskan moral di dalam skuad kebangsaan kendalian Cheng Hoe berada di tahap terbaik selepas keputusan positif yang dihasilkan sebelum ini.
Ia sekaligus memberikan lebih keyakinan, tenaga dan kedahagaan untuk barisan pemain sedia ada melengkapkan tugasan dengan memastikan kemaraan setelah krisis COVID-19 ini berakhir.
2022 World Cup/2023 Asian Cup Qualifiers | Thursday, 14th November 2019
MAN OF THE MATCH
Brendan Gan (Malaysia)MALAYSIA 2-1 THAILAND#FAM #HarimauMalaya #AsianQualifiers pic.twitter.com/OmpY3NEEV9
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) November 14, 2019
Turut digariskan oleh penulis dalam artikel tersebut adalah prestasi Brendan Gan, Mohamadou Sumareh, dan Corbing Ong sepanjang tempoh kempen yang lalu.
Mengambil kira pasukan negara akan diperkuatkan oleh dua lagi pemain naturalisasi iaitu Liridon Krasniqi di bahagian tengah dan Guilherme de Paula apabila saingan bersambung selepas ini, Watthanawong yakin Harimau Malaya mempunyai rencah secukupnya untuk mencabar mana-mana pasukan di Kumpulan G selepas ini.