Analisis : Empat Perkara Dalam Kekalahan Setan Merah

Manchester United telah ditewaskan oleh pasukan terbawah liga , Sheffield United di Old Trafford awal pagi tadi. Kekalahan itu menyebabkan peluang untuk merampas kedudukan pertama Manchester City terlepas.

Anak-anak buah Solksjaer gagal memanfaatkan peluang yang sepatutnya diterjemahkan dengan kemenangan yang ke 14 untuk mengekalkan momentum kuat dalam mengimpikan kejuaraan mahkota Liga Perdana Inggeris musim ini.

Kemenangan kedua Sheffield United melonjakkan semangat mereka untuk terus kekal dalam liga dan tidak mustahil anak buah Chris Wilder akan terus mempamerkan aksi melawan pada perlawanan akan datang.

Bagaimanapun dalam perlawanan ini , anak buah Solksjaer seperti kehilangan sengat dan tidak mempamerkan aksi yang mengagumkan seperti yang telah ditunjukkan oleh mereka ketika menewaskan Liverpool di saingan Piala FA Emirates yang lepas. Ini empat perkara yang diperoleh selepas 90 minit tamat perlawanan.

1. Prestasi Bruno Miguel Fernandes

Pemain Portugal ini baru sahaja mendapat anugerah pemain terbaik bulanan yang ketiga untuk dirinya tetapi di dalam perlawanan berkenaan beliau tidak mendatangkan impak dengan menghasilkan bantuan gol kepada rakan pasukan serta membuat jaringan.

Pemain berusia 26 tahun ini berganding dengan Paul Pogba dengan melihat pada statistik Setan Merah bagi perlawanan tersebut ia sesuatu yang aneh apabila berhadapan dengan kelab di tangga terbawah. Penguasaan bola pada keseluruhan perlawanan berbanding dengan pasukan lawan tetapi kebuntuan mencipta gol.

2. Jentera Serangan Gagal Menghasilkan Gol

Solksjaer tetap menurunkan penyerang kesayangannya tetapi tidak disukai peminat , Anthony Martial dalam kesebelasan utama untuk berganding dengan Rashford dan Greenwood. Ini mungkin kesilapan jurulatih berkenaan yang seharusnya menurunkan Edison Cavani dari awal perlawanan tersebut.

Penyerang veteran ini tampil tiga kali dalam kesebelasan utama sebelum ini hanya dimasukkan pada minit ke 66 menggantikan Greenwood , terus memberikan impak kepada jentera serangan dalam masa seminit sahaja apabila bijak mendapatkan bola di kotak penalti hasil umpanan Pogba. Ini menunjukkan betapa bahaya penyerang bertaraf dunia ini di kawasan gol lawan.

Solkjaer mesti sedar bahawa Anthony Martial tidak perlu berada dalam kesebelasan utama selepas ini dan memberikan Cavani tempat untuk mencetak gol membantu Red Devils kekal menang dengan konsisten.

3. Kesilapan De Gea

Ketiadaan Eric Bailly dan Lindeloff bukan penyebab utama kekalahan tersebut . Puncanya bermula daripada De Gea sendiri setelah dia sendiri hanya menyepak bola sambil lewa daripada kawasan kotak penaltinya dan pemain Sheffield United mendapat bola itu semula.

Bermula daripada beberapa hantaran pendek , John Lundstram berjaya menemui sasaran ke Oliver Burke yang tidak di kawal dalam kotak penalti berjaya merembat lalu terbias kepada Tuanzebe dan akhirnya bola itu tidak dapat diselamatkan oleh De Gea.

4. Kelemahan Ole Gunnar Solksjaer

Solskjaer membuat enam pertukaran dalam perlawanan itu. Tetapi pemain yang diharapkan seperti Matic dan Martial mempamerkan prestasi yang teruk sekali.

Pada akhirnya pengurus itu membawa pemain yang tepat ke padang tetapi sudah terlambat untuk mereka memberikan impak. Dia tahu yang perlu mengubah sesuatu pada separuh masa kedua tetapi Solksjaer menunggu hingga minit ke-66 untuk melakukan penggantian pemain.

United meraih 21 mata yang dimenanginya dari perlawanan yang lepas kini telah kehilangan kedudukan dari Manchester City. Adakah Solksjaer masih yakin dengan taktikal “King of Comeback” yang beliau telah lakukan sebelum ini akan terus menjadi selepas kekalahan dengan pasukan tangga terbawah liga.

Rumusan

Pengurus Norway itu mesti memastikan pilihan pemainnya mestilah tepat berdasarkan prestasi yang ditampilkan dalam perlawanan akan datang supaya beliau tidak menggigit jari untuk meraih Mahkota Liga Inggeris yang semakin terbuka kepada lima pasukan teratas.

 

 

 

 

Kongsi artikel ini