Pertembungan dua pasukan setempat antara skuad Soksjaer dan Guardiola menyaksikan Manchester United meraih kemenangan yang epik sekali setelah berjaya mencalarkan rekod 21 kemenangan City dalam liga premier Inggeris 0-2 di stadium Etihad tengah malam tadi.
Kejayaan manis ini disambut dengan penuh keterujaan oleh penyokong Red Devils yang ternyata gembira dan membuktikan bandar Manchester hanyalah untuk kelab yang berpengkalan di Old Trafford sahaja.
Manchester is RED! 🔴#MCIMUN pic.twitter.com/zQwRgk2e8C
— Goal (@goal) March 7, 2021
Berikut lima perkara yang menjadi pencetus kemenangan Red Devils ke atas City
1. Percaturan kesebelasan yang MENJADI
Solksjaer sedar menghadapi skuad Pep Guardiola memerlukan taktikal yang ampuh. Selepas sekadar mencatat keputusan seri dengan Chelsea minggu lepas , beliau berazam untuk memadamkan rekod City berkenaan.
Pengalaman menghadapi dua perlawanan dan menang ke atas City menjadikan kunci kepada skuad Manchester sekarang. Solksjaer bijak menurunkan kesebelasan utamanya walaupun ramai mempersoalkan kenapa beliau menggunakan Martial dalam perlawanan berkenaan.
The 185th Manchester derby: coming 🔜
In the red corner… 🔴#MUFC #MCIMUN
— Manchester United (@ManUtd) March 7, 2021
Saat ini Ole Solksjaer menjadi jurulatih pertama sejarah kelab berkenaan yang memenangi tiga perlawanan di Etihad berturut-turut dan ia memastikan Red Devil tidak terus ketandusan kemenangan selepas hanya memperolehi keputusan seri dalam empat perlawanan sebelum ini.
City 1-2 United
City 0-1 United
City 0-2 UnitedOle Gunnar Solskjær is the first manager in Man Utd's history to win his first three Manchester derbies away from home.
Class dismissed. 👨🏫 pic.twitter.com/bUncvU1giD
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2021
2. Anthony Martial ‘on form’
Pemain yang tidak disukai oleh penyokong United di seluruh dunia tetapi pengendali berbangsa Norway tetap memberikan sokongan penuh kepada penyerang kebangsaan Perancis itu.
Berpunca daripada Rashford cuba menggelecek beberapa pemain City lalu melorongkan bola kepada Martial , Gabriel Jesus cuba menghadang pemain itu menyebabkan dia jatuh di dalam kotak penalti.
Anthony Taylor tidak teragak-agak memberikan penalti dan seperti biasa Bruno mengambil sepakan penalti dengan sempurna sekali.
Pada perlawanan itu , Martial semakin menghampiri prestasi cemerlang beliau sebelum ini. Mengucar-kacirkan pertahanan John Stones dan Ruben Diaz membuatkan Guardiola tidak senang duduk.
Anthony Martial’s game by numbers vs. Man City:
42 touches
95% pass accuracy
6 duels won
4 touches in opp. box
3 take-ons
3 shots
2 shots on target
2 fouls won
2 ball recoveries
1 chance created
1 interceptionA constant threat. pic.twitter.com/PUilwEQfhl
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2021
— Goal (@goal) March 7, 2021
Semoga Martial terus mempamerkan aksi seperti ini pada perlawanan akan datang adalah harapan penyokong-penyokong Manchester United yang harus mengakui bahawa sumbangannya masih diperlukan dalam pasukan walaupun sudah lama tidak menjaringkan gol.
3. Konsistensi Luke Shaw
Shaw layak diberikan pujian. Dia seorang pertahanan underated. Memang Solksjaer bagi habis sepenuh kepercayaan pada dia untuk bermain di posisi leftback.
Dari pemain yang sering diketepikan akibat kecederaan , beliau bangkit kembali di bawah rejim Solksjaer dan terus mempamerkan aksi konsisten. Gol itu untuk moralnya dan kemenangan Man.United yang merosakkan rekod 21 kemenangan City.
Name a better left back right now ⚽️🔴 pic.twitter.com/OslgX5Be0R
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 7, 2021
Luke Shaw's game by numbers vs. Man City:
49 touches
100% shot accuracy
9 ball recoveries
4 penalty area entries
3 touches in opp. box
3 crosses
2 shots
1 block
1 tackle made
1 clean sheet
1 goal scoredHis first away goal in the Premier League. 👏 pic.twitter.com/fZUAB3HNiJ
— Squawka Football (@Squawka) March 7, 2021
Secara keseluruhannya prestasi Luke Shaw yang dipamerkan pada musim ini menyaksikan Alex Telles hanya sekadar memanaskan kerusi bangku simpanan buat masa ini.
4. Penalti Bruno Fernandes
Penalti dan Bruno memang berpisah tiada. Tiada pemain lain yang boleh mengambil penalti melainkan beliau kecuali tidak bermain pada masa perlawanan tersebut.
Luke Shaw’s goal was so perfect but having Bruno Fernandes score a penalty in the 2nd minute hits different for the rivals, they’re tired of him. 😂 #MCIMUN
— UTD Xtra (@UNITEDEXTRA_) March 7, 2021
Dalam enam perlawanan bertemu dengan pasukan gergasi EPL , Bruno tidak mampu menyerlahkan prestasinya. Tetapi penalti itu memberikan keputusan yang berbeza untuk Red Devils. Ini memastikan anak buah Solksjaer terus mempamerkan aksi yang ampuh memastikan gol mereka tidak dibolosi dan ia berjaya.
bruNO fErnandeS doesn’t scORE in the Big GamES 👀 pic.twitter.com/ws0yRK8cV4
— United Zone (@ManUnitedZone_) March 7, 2021
5. Dean Handerson
Penjaga gol ini diturunkan sebanyak dua kali berturut dalam dua perlawanan bertemu pasukan Chelsea dan Manchester City dan Handerson berjaya mengekalkan rekod ‘cleen sheet’ beliau.
Good throw @deanhenderson to start the attack and an unexpected goal scorer in @LukeShaw23 for @ManUtd!! 0-2 come on!!
— Edwin van der Sar (@vdsar1970) March 7, 2021
Aksi beliau mendapat pujian daripada lagenda Edwin van der Sar. Adakah persembahan cemerlang daripada Handerson mungkin menggugat posisi De Gea , hanya masa yang akan menentukannya.
D E A N ⛔
A first @PremierLeague derby day for @DeanHenderson 🧤
🔴 #MUFC
#️⃣ #MCIMUN pic.twitter.com/t8AUfqNXFO— Manchester United (@ManUtd) March 7, 2021
Pada waktu ini De Gea sedang bercuti kerana baru menerima kehadiran cahaya mata dalam keluarganya.
Rumusan
Manchester United merapatkan jurang tiga mata dengan skuad Pep Guardiola di tangga kedua dengan 54 mata. Namun ia mustahil untuk memotong City dan mengakhiri kemarau mahkota EPL kerana City akan kembali bangkit pada perlawanan seterusnya.
Perbezaan 11 mata tidaklah jauh , namun City hampir pasti dimahkotakan sebagai juara EPL 2020/21. Justeru , cukup bagi Manchester United untuk meneruskan misi kekal dikelompok empat teratas sahaja akan tercapai bagi kelayakan automatik Liga Juara-juara Eropah terjamin.