Jika ada mana-mana pemain bola sepak yang mencari inovasi untuk meraikan jaringan, arahkan mereka untuk melihat kepada anak mereka sebagai inspirasi. Demikianlah dipraktikkan oleh Mohamed Salah.
Hampir setahun telah berlalu sejak Salah menjaringkan gol pembukaan buat Liverpool di perlawanan akhir Champions League menentang Tottenham Hotspur.
Pada 1 Jun 2019, bintang antarabangsa Mesir itu menyempurnakan sepakan penalti pada minit awal perlawanan, sebelum giliran Divock Origi menggandakan kedudukan pada babak akhir perlawanan – sekaligus mengesahkan kejuaraan keenam Piala Eropah.
It took Mohamed Salah just 108 seconds to open the scoring in the Champions League final against Tottenham Hotspur in Madrid. It is the second-fastest goal in the competition’s history behind Paolo Maldini’s strike in 2005 in Istanbul. 😍pic.twitter.com/SjBKGLc7dA
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) December 31, 2019
Selepas dikerumuni oleh rakan sepasukan untuk meraikan gol tersebut bersama-sama, Salah menuju ke salah sebuah kamera yang berada di Stadium Wanda Metropolitano untuk keraian istimewa.
Beliau meletakkan kedua-dua telunjuk di hadapan muka sebelum meletakkan ia di kedua-dua belah hidung sambil menjelirkan lidah.
Dan ketika temubual istimewa secara atas talian video bersama-sama sekumpulan kanak-kanak, Salah mendedahkan keraian tersebut adalah idea anak perempuannya yang berusia 5 tahun, Makka.
Ditanya oleh salah seorang kanak-kanak perempuan mengenai keraian gol kegemarannya, Salah berpaling kepada Makka dan bertanya,” Anda ingat bagaimana kita meraikan final? Apabila saya menjaringkan gol?”
Sebagai respon, Makka mengulangi cara Salah meraikan gol tersebut.
“Anda akan melihat cara meraikan gol seperti ini di perlawanan akhir Champions League.
“Sebelum perlawanan, Makka beritahu saya untuk berbuat demikian jika saya menjaringkan gol. Sebab itulah saya lakukannya,” kata penyerang berusia 27 tahun itu.