Alexis Sanchez Bakal Kembali Ke Old Trafford Selepas Gagal Yakinkan Inter Milan

Inter Milan dilaporkan tidak akan menyambung kontrak Alexis Sanchez, dan ini bermakna pemain itu akan kembali sebagai pemain Manchester United pada musim panas akan datang.

Kecederaan terus menghantui tempoh Sanchez di San Siro dan pemain itu hanya beraksi hanya diturunkan dalam dua permulaan sepanjang musim ini.

Bekas pemain Arsenal ini masih lagi memiliki baki kontrak selama dua tahun bernilai £500,000 seminggu, dan jumlah pendapatan tersebut terus membayangi karier beliau sejak meninggalkan Etihad.

Sanchez adalah watak yang popular di kalangan pemain Inter, namun kecederaan serius pada buku lali pemain tersebut pada Oktober lalu merencatkan perkembangan beliau di Itali.

Pemain itu turut digunakan dalam beberapa pertandingan lain selain Serie A oleh Inter selepas tamat tiga bulan tempoh pemulihan, namun masa depannya di San Siro kini berada di penghujung.

The Telegraph sebelum ini mendedahkan Antonio Conte sudah lagi tidak yakin dengan Sanchez, dan CEO Inter, Guiseppe Marotta juga enggan membayar £17.5 yang dipinta United untuk mendapatkan pemain itu.

Malah Marotta yang bekerja rapat dengan Conte mengenai pemain yang dibawa masuk bersetuju adalah lebih baik jumlah pelaburan yang sama digunakan untuk pemain yang lebih muda.

Di United, pendapatan Sanchez ibarat batu penghalang, dan ia juga perkara sama berlaku di Inter, dimana Sanchez menjadi pemain termahal beraksi di Serie A

Inter terpaksa membayar £4.3 juta sepanjang musim untuk Sanchez beraksi di Itali.

Ini bermakna pemain antarabangsa Chile itu dibayar £7314 untuk setiap satu minit aksi bersama Inter pada musim ini.

 

Kongsi artikel ini