Nama Albert Tjalaand mungkin masih nama yang asing berbanding Erling Haaland.
Erling Haaland telah menggegarkan bola sepak eropah dengan jumlah jaringan luar biasa pada musim ini. Hanya berusia 19 tahun, sukar membayangkan berapa jauh pencapaian beliau satu hari nanti.
Pada Ogos 2018, Haaland berhijrah dari Molde ke Red Bull Salzburg sebelum menjadikan dirinya remaja paling dikehendaki dalam bola sepak.
Pada jendela perpindahan Januari lalu, perpindahan ke Bundesliga Jerman turut menyaksikan Haaland memberikan impak segera kepada Borussia Dortmund.
Nak jadi target man? Nak jadi false 9? Nak jadi poacher? Baca input dari Haaland ini dulu.
Posted by Grandstand Kita on Tuesday, 28 January 2020
Sensasi Haaland
Di mana sahaja di seluruh pelusuk dunia yang mengikuti bola sepak, nama Haaland mencuri tumpuan utama media.
Penyerang berusia 19 tahun ini telah menjaringkan 37 gol untuk kelab dan negaranya pada musim ini.
Ia termasuk dua gol ketika membantu Dortmund menewaskan Paris Saint-Germain dua minggu lalu.
Gila angka-angka yang dihasilkan oleh Haaland setakat ini.
Posted by Grandstand Kita on Friday, 21 February 2020
Di dalam tempoh itu, Haaland turut telah menghasilkan assist pertamanya untuk Dortmund ketika membantu pasukannya menewaskan Borussia Monchengladbach 2-1.
Tetapi di sebalik kehebatan Haaland, tahukah anda beliau turut mempunyai seorang saudara yang turut menampilkan peningkatan prestasi luar biasa pada usia muda?
Albert Tjaaland
Pemain yang dimaksudkan adalah Albert Tjaaland yang kini berusia 16 tahun. Sehingga kini, Tjaaland telah menampilkan prestasi yang mirip Haaland pernah hasilkan.
Seperti Haaland, Albert Tjaaland juga merupakan seorang pemain penyerang.
Beraksi di Liga Divisyen 2 Norway, Tjaaland kini telah menjaringkan 64 gol dari 37 perlawanan untuk Bryne FK.
16-year-old Albert Braut Tjåland. He's the cousin of @ErlingHaaland
Performance of Tjåland:
2017 : 8 apps 20 goals
2018 : 12 apps 20 goals
2019 : 31 apps 33 goalThe younger brother is 1m85 tall. pic.twitter.com/qaPu3YvjWg
— Talent Scout (@FodenLittle) March 4, 2020
Bryne FK adalah kelab di mana Haaland memulakan karier bola sepaknya sebelum menyertai Molde di Liga Divisyen 1 Norway, Molde.
Untuk rekod, Haaland tampil sebanyak 16 kali bersama Bryne FK, dan tidak menghasilkan sebarang jaringan untuk kelabnya itu di antara tahun 2016 sehingga 2017.
Meet 16-year-old Albert Braut Tjåland. He's the cousin of @ErlingHaaland. On Saturday, Albert Braut Tjåland, made his first team debut for @Bryne_FK in a friendly game.
And yes he also plays as a striker. He's tall. And he scores goals for fun!
📸: Svenn Olav Sele, Bryne FK. pic.twitter.com/WaaijRIf49
— 🇳🇴 Football (@NORftbl) March 2, 2020
Ada sedikit perbezaan di antara Haaland dan Tjaaland. Tatkala Haaland merupakan seorang pemain yang memiliki kaki kiri sebagai kaki yang lebih dominan, Tjaaland pula lebih dominan dengan kaki kanan.
Obviously there is similarities between them – although his cousin is not left-footed. And just to point out: Not many have heard of Albert Braut Tjåland until just now in Norway. We don't even know how good he is, or how good he could be. Only time will tell.
No pressure, kid.
— 🇳🇴 Football (@NORftbl) March 2, 2020
Pada usia 16 tahun, Tjaaland kini berketinggian 1.85 meter, manakala Haaland yang berusia 19 tahun kini mempunyai ketinggian 1.94 meter.
Rumusan
Untuk membandingkan secara terus Tjaaland dengan Haaland mungkin belum lagi masa yang sesuai.
Haaland misalnya sudah membuktikan keupayaan beraksi di peringkat tertinggi seperti Bundesliga dan Champions League.
Tetapi rekod jaringan oleh Tjaaland pada usia semuda itu juga sewajarnya mendapat perhatian.
Ia pasti menarik untuk melihat perkembangan pemain ini dalam tempoh 3 sehingga 4 tahun akan datang.