Aksi Piala Sumbangsih 2021: Empat Fakta Pertemuan Kedah FC dan JDT

Segala-galanya pasti terarah kepada dua pasukan gergasi dari selatan dan utara dalam pembukaan Liga Super Malaysia musim baru pada 05 Mac 2021 ini. Kedua belah penyokong pasukan sudah tidak sabar menunggu perlawanan aksi pertama merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai Piala Sumbangsih.

Kedua-dua pasukan ini akan bertemu di gelanggang serba moden kelab Johor Southern Tigers , Stadium Sultan Ibrahim , Iskandar Puteri pada Jumaat ini dan skuad kendalian Aidil Sahrin Sahak pasti berdebar berkunjung ke gelanggang itu dan bertemu dengan juara bertahan tujuh kali berturut Liga Malaysia.

Ini empat fakta tentang pertemuan di antara Johor Darul Ta’zim dan Kedah.

1. Pasukan yang menjadi saingan sengit kepada JDT – TMJ

DYAM Briged Jeneral Tunku Mahkota Johor pernah menyatakan antara pasukan yang akan menjadi pencabar kuat bagi JDT ialah skuad Kedah.

Dalam satu wawancara di sebuah televisyen swasta hujung tahun lalu baginda menyatakan , β€œPertama sekali saya rasa Kedah. Kedah pasukan yang sukar untuk lawan. Mereka bermain bola sepak yang sangat baik dan konsisten. Walau apa pun masalah yang berlaku di Kedah tapi pasukan sentiasa mantap.”

2.Β  Kedah dan JDT mempunyai bekas pemain kedua belah pasukan

Menurut artikel dariΒ Semuanya Bola , JDT akan mempertaruhkan dua bekas pemain Kedah iaitu Syafiq Ahmad dan pemain import mereka Fernando Rodriguez dalam mempertahankan Piala Sumbangsih yang dimenangi pada musim lalu.

Kemasukan bekas penyerang JDTII , Rozaimi Abdul Rahman pada hujung tahun lalu , dapat memberikan ketua jurulatih Kedah membuat pilihan yang terbaik di bahagian serangan dalam menghadapi pasukan-pasukan lawan yang sukar untuk ditewaskan seperti JDT.

Bekas penyerang kebangsaan berusia 29 tahun ini sudah pasti dapat memberikan sedikit analisis kekuatan dalaman skuad JDT kepada jurulatih barunya dalam mempersiapkan pasukan Kedah pada 05 Mac 2021 nanti.

3. Johor Darul Ta’zim menang hatrik Piala Sumbangsih

Kedah pernah menewaskan JDT dalam aksi Piala Sumbangsih pada tahun 2017 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos dan membawa pulang piala berkenaan ke negeri Jelapang Padi.

Pada tahun berikutnya JDT membalas dendam semula di stadium yang sama apabila berjaya menundukkan Kedah 2-1 sekaligus ia menjadi permulaan kelab berkenaan menggondol trofi itu sebanyak tiga kali pada tahun 2018 , 2019 dan 2020.

Pada tahun 2020 , JDT bertemu sekali lagi dengan Kedah dan bermain di stadium yang baharu pada ketika itu memberikan tonik terbaik untuk JDT menundukkan Kedah sekali lagi.

4. Empat kali terlibat dalam perlawanan Piala Sumbangsih.

Rekod Kedah pasti dicemburui oleh pasukan lain apabila berjaya berada di final Piala Sumbangsih sebanyak empat kali dalam masa lima tahun . Rekod kedua ialah Kedah akan berhadapan dengan pasukan yang sama sekali lagi dalam tempoh lima tahun berturut juga.

Ia adalah merupakan rekod yang unik di antara dua pasukan tersebut.

Bagaimanapun Kedah tidak bernasib baik untuk memenangi Piala Sumbangsih lagi kerana JDT merupakan satu pasukan yang sangat kuat pada ketika ini.

Justeru itu , ketua jurulatih Kedah berharap bahawa skuad kendaliannya dapat menewaskan JDT dan memenangi piala yang pertama pada musim baru ini sebagai pemangkin moral untuk menghadapi saingan Liga Malaysia yang lebih sengit kali ini.

Penutup

Kedah mengadakan latiha pra musim 2021 dengan mengadakan perlawanan persahabatan menentang Selangor FC 2 , Skuad Projek FAM-MSN dan Sarawak United FC.

Bagi skuad Johor Darul Ta’zim , Benjamin Mora tidak mengadakan perlawanan persahabatan mana-mana pasukan liga Malaysia untuk pra musim 2021 dan hanya memfokuskan pada latihan di pusat latihan Padang Sri Gelam sahaja.

Sejauh manakah kemampuan kedua pasukan ini memenangi Piala Sumbangsih , sama-samalah kita saksikan di perlawanan itu nanti.

Β 

Β 

Β 

Β 

Kongsi artikel ini