Tular satu video Messi yang berjalan sahaja tanpa mempedulikan seorang pemain Dynamo Kyiv sedang membawa bola dihadapannya sedangkan perlawanan masih lagi belum ditamatkan di Twitter.
Kejadian ini berlaku ketika Barcelona menentang kelab dari Russia dalam perlawanan Juara Liga UEFA kumpulan G di Camp Nou awal pagi tadi
Barcelona menang tipis 2-1 dalam perlawanan itu dan gol telah dijaringkan oleh Messi (penalti) dan Gerard Pique.
If you are using this clip of Messi walking in the 93rd minute to prove that Ronaldo is your goat, it shows that you have run out of ideas to make yourself believe that Ronaldo is the goat. pic.twitter.com/Orq6qPViFv
— Noah 🔴⚪ (@Direda_Noah) November 5, 2020
Pelbagai kritikan telah dilemparkan kepada pemain berusia 33 tahun itu kerana aksi bersahajanya tanpa membantu membuat pressing kepada pemain lawan. Ada netizen yang berkata Messi malas , sudah penat bermain dan otot kakinya mengalami ketegangan.
Walau bagaimanapun , ada peminat yang mempertahankan kelakuan Messi di atas padang sewaktu perlawanan itu berlangsung
Namun begitu ada satu video yang lain menunjukkan bahawa Messi tahu apakah yang perlu dilakukannya pada ketika itu. Dalam video berkenaan menunjukkan waktu sebenar perlawanan telah tamat , tetapi pengadil memberikan masa tambahan tiga minit
— culer (@callmebiqfish) November 6, 2020
Waktu aksi itu berlaku pada masa tambahan 2.45 saat ketika pemain skuad M. Lucescu cuba melancarkan serangan terakhir ke arah gawang gol Barcelona. Selepas 15 saat berlalu pengadil terus meniup wisel bagi menamatkan perlawana tersebut.
Barcelona memimpin kumpulan G dengan sembilan mata , kemenangan yang ketiga berturut diikuti Juventus tangga kedua dengan enam mata.
Kelab Dynamo Kyiv dan Ferencvaros dari Hungary cuma memperolehi satu mata sahaja.
Bertabahlah Lionel Messi.