Akademi Bola Sepak JDT Diiktiraf FAM

Akademi bola sepak milik JDT hari ini menerima Sijil dan Plak Ahli Emas Piagam SupaRimau daripda Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu majlis ringkas yang berlangsung di Ibu Pejabat JDT pada hari ini.

Selain menjadi akademi bola sepak pertama dari kalangan pasukan yang bertanding di pertandingan domestik, sijil dan plak tersebut adalah satu pengiktirafan kepada projek JDT yang menggariskan kepentingan pembangunan akar umbi melalui akademi bola sepak mereka.

Turut hadir dalam majlis petang tadi ialah Stuart Ramalingam, Setiausaha Agung FAM, Peter de Roo, Pengarah Teknikal FAM dan Samuel Siew, Ketua Unit Akar Umbi FAM manakala Harimau Selatan pula diwakili oleh Alistair Edwards, Pengarah Teknikal JDT dan K.Sukumaran, Pengurus Pembangunan JDT serta barisan kejurulatihan Akademi JDT.

Akademi JDT Penerima Pertama Keahlian Emas Piagam SupaRimau FAMPersatuan Bolasepak Malaysia (FAM), hari ini telah…

Posted by Football Association of Malaysia on Tuesday, August 4, 2020

Ahli Emas yang diterima oleh JDT adalah penanda aras tertinggi oleh badan induk bola sepak negara itu menjadikan Akademi Bola Sepak JDT sebagai yang terbaik yang ada dalam negara di kalangan persatuan dan kelab bertanding.

Menurut Piagam SupaRimau FAM, Ahli Emas membawa maksud sesebuah akademi bola sepak itu yang memberikan fokus kepada pertumbuhan dan pengekalan bilangan pemain dan program.

Antara kelebihan yang diberikan adalah:

1. Akreditasi – Membolehkan akademi bola sepak menggunakan Piagam untuk tujuan promosi, dengan mendapat pengiktirafan daripada FAM.

2. Liga SupaRimau – Akademi layak untuk menyertai Liga Akar Umbi FAM yang menyediakan persaingan menyeluruh dan mencorak perjalanan karier pemain.

3. Pampasan Latihan Pemain – Akademi yang melabur dalam latihan dan pendidikan pemain muda akan diberi pampasan sekiranya salah satu pemainnya berjaya menjadi profesional. * Polisi akan berkuatkuasa pada tahun 2021. Butiran akan diterbitkan dalam masa terdekat.

4. Keistimewaan Keahlian – Faedah istimewa dan menarik untuk semua jurulatih dan pemain akademi akar umbi bersama rakan premium FAM SupaRimau.

SINGACUP 2019 | 7 NOVEMBER 2019Semi-Finals• JDT U12 [3-0] ASTAM SOCCER SCHOOL (IDN)• JDT U16 [5-0] SPORTING CLUBE…

Posted by JOHOR Southern Tigers on Wednesday, November 6, 2019

Kejayaan pada musim 2019 adalah bukti Akademi JDT mulai membuahkan hasil.

JDT muncul juara kategori Bawah-12 Tahun, Bawah-14 dan Bawah-17 Tahun di pertandingan anjuran MSSM, KPM dan FAM, selain Kejohanan Antarabangsa Singa Cup 2019.

Kesemua pemain yang terlibat adalah pemain keluaran daripada Akademi Bola Sepak JDT.

Kejayaan terbaru ini membuktikan program pembangunan akar umbi di JDT berada di landasan tepat untuk melahirkan lebih ramai bakat baharu sukan bola sepak – bukan sahaja untuk JDT tetapi juga negara amnya – pada masa hadapan.

Kongsi artikel ini