Bukannya mudah untuk mencari seorang jurulatih yang sanggup berkorban untuk pemainnya. Apatah lagi jika ia melibatkan wang ringgit.
Namun bagi Ketua Jurulatih Kedah, Aidl Sharin Sahak beliau harus cekal mencari penyelesaian untuk masalah gaji yang telah dihadapi oleh pasukan dari utara tanah air itu sejak Mac lalu.
Aidil sememangnya mempunyai reputasi gemar membantu pemain di bawah kendaliannya.
Malah ketika masih bersama Home United di Liga Singapura, Aidil berjaya meminta agar Home United membantu anak-anak pemain dari segi keperluan persekolahan selain daripada menaja mana-mana pemain yang mahu meneruskan pengajian di peringkat yang lebih tinggi.
🔰 WELCOME BACK RENAN ALVES!Pemain import dari Brazil, Renan Alves kembali melaporkan diri bersama pasukan pada sesi…
Posted by FA Kedah on Monday, July 27, 2020
Bagi permasalahan yang dihadapi oleh Kedah FA, Aidil kini sedang berusaha untuk melakukan pertemuan dengan Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang baharu, Mohd Sanusi Md Noor.
Namun demikian, sehingga kini usaha tersebut masih gagal membuahkan sebarang hasil.
Bercakap kepada Stadium Astro melalui satu laporan semalam, Aidil dipetik sebagai berkata:
“Sebagai jurulatih, saya ingin mengenali bos (presiden) baru.
“Semestinya kami perlu berjumpa atau (mengetahui) apa sahaja perancangan mereka sejurus mereka mengambil alih (tampuk kepimpinan).
PERLAWANAN LATIHAN UJI KECERGASAN PEMAINDua pasukan dibentuk untuk menjalani perlawanan latihan semalam bagi menguji…
Posted by FA Kedah on Friday, July 24, 2020
“Tempoh presiden lalu sudah berakhir dan kini adanya presiden baru.
“Hasrat saya kembali ke Malaysia adalah untuk mengadakan sesi latihan pasukan sambil cuba bertemu dengan presiden baru.
“Tetapi setakat ini, (belum berhasil) kerana mungkin beliau sedang sibuk,” katanya ketika bertemu wartawan Nadi Arena, Norsyarafina Nasrom di ibu negara semalam.
Tidak ada siapa pun yang tidak akan terkesan dari segi kewangan sekiranya tidak menerima bayaran gaji sehingga lima bulan.
Malah ada di kalangan pemain skuad Lang Merah dikatakan telah dihalau keluar dari rumah akibat gagal membayar sewa bulanan masing-masing.

“Kalau dilihat daripada segi angkanya itu memang membimbangkan, lima bulan tanpa gaji bukan perkara yang mudah,” tambah Aidil lagi.
“Pemain juga ada masalah keluarga masing-masing, dua daripadanya akan menyambut cahaya mata baru dan memerlukan wang.
“Pemain yang datang dari luar Kedah juga kasihan kerana lebih banyak wang yang perlu dikeluarkan.
“Dengan penularan wabak global, tuan rumah sewa juga berasa risau dengan situasi kem Kedah ini.
“Banyak faktor yang kami hadapi,” luag jurulatih itu.
Selain daripada berusaha untuk bertemu dengan tampuk pengurusan baharu, Aidil juga turut mengeluarkan wang dari poket beliau sendiri demi memastikan pemain di bawah kendalian beliau tetap memberikan fokus kepada latihan dan pasukan.
“Bagi saya yang berperanan sebagai bapa dalam pasukan ini, saya hanya buat yang terbaik untuk pasukan.
“Apa yang penting, saya mahu mereka turun berlatih dengan keadaan 100 peratus.
“Pemain senior seperti Baddrol Bakhtiar dan Zaquan Adha Abdul Radzak juga banyak menghulurkan bantuan terhadap keperluan pemain muda.
“Alhamdulillah, saya mempunyai pemain senior yang bagus seperti Baddrol, Zaquan dan Azamuddin Akil,” katanya.
Kontrak Aidil bersama skuad Lang Merah hanya akan kekal sehingga penghujung pada musim ini.
Sekiranya keadaan tidak berubah, sudah pasti Kedah FA akan kehilangan seorang jurulatih berkaliber.
“Kontrak saya akan tamat hujung tahun ini dan kami perlu tunggu apakah kesudahannya termasuk hala tuju saya pada tahun depan.”
Â
Sumber: Stadium Astro