Ahmad Maslan Perlukan 6 Saat Sahaja Untuk Jaringkan Gol Penalti

Ahli Parlimen Pontian , Datuk Seri Ahmad Maslan yang telah merasmikan Kejohanan Futsal Tertutup Piala Ahli Parlimen Pontian di Gelanggang Futsal MPPn di Benut pada hari semalam cuma memerlukan enam saat penting bagi menjaringkan gol penalti.

Apa yang mencuitkan hati adalah penjaga gol yang diberikan tugas untuk mempertahankan gawang daripada dibolosi hanya mengelak sahaja dan bola itu terus menerjah ke jaring.

Ia bukan sesuatu perkara yang aneh , tetapi itulah yang akan dilakukan sekiranya mana-mana VIP hadir untuk merasmikan kejohanan sukan sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada perasmi di kejohanan berkenaan.

Datuk Seri Ahmad Maslan merupakan seorang anak orang kampung yang berasal daripada Kampung Parti Yusof , Lubok Sipat Benut dan diangkat menjadi Ahli Parlimen Pontian selepas menang Pilihanraya Umum tahun 2008.

Di dalam kejohanan futsal tertutup Piala Ahli Parlimen Pontian , Ahmad Maslan turut menyampaikan hadiah dan trofi kepada pemenang dan ternyata para pasukan yang menyertai kejohanan ini sudah cukup teruja selepas ketiadaan sebarang pertandingan diadakan ketika pandemik Covid-19 berlaku.

Video gelagat Ahli Parlimen Ahmad Maslan ini mendapat perhatian daripada pengguna Twitter dengan pelbagai respon yang diberikan termasuklah penjaga gol ini turut mendapat tempiasnya.

Contohi MB Kedah Yang Lincah di Padang

Tidak ramai ahli politik di Malaysia yang handal bermain bolasepak atau mempunyai bakat dalam permainan yang keras dan kasar seperti sukan ragbi. Namun , Menteri Besar , Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor turut boleh bermain dalam kedua-dua sukan berkenaan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (Kedah FA) ini sememangnya dikenali sebagai salah seorang pemimpin yang meminati sukan bola sepak namun beliau juga mampu bermain ragbi dengan baik.

Dalam Kejohanan Ragbi Kubang Pasu 10’S bagi merebut Piala Menteri Besar di Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Sanusi memperagakan aksinya seperti biasa bermain ragbi dan tidak kekok melakukan larian sehingga memberi masalah kepada pemain lawan.

Walaupun sudah berusia 47 tahun kecergasan Sanusi di dalam padang dan sebagai seorang atlet tidak boleh dipandang sinis.

Berstatus pemain yang dianggap veteran, gaya hidup sihat yang diamalkan oleh Menteri Besar Kedah ini seharusnya dipuji dan ini mungkin boleh dicontohi oleh Ahli Parlimen Pontian serta Ahli Parlimen Malaysia yang lain.

 

Kongsi artikel ini