Lionel Messi telah memenangi segala-galanya bersama Barcelona – iaitu UEFA Champions League, La Liga, UEFA Super Cup, Piala Dunia Kelab, Copa del Rey dan juga Supercopa de Espana.
Namun pemenang enam kali Ballon d’Or itu tidak pernah memenangi sebarang kejuaraan peringkat senior bersama Argentina, selepas pernah muncul naib juara Piala Dunia pada 2014, dan dua kali tampil di perlawanan akhir Copa America pada 2015 dan 2016.
Messi menarik diri daripada menyertai Argentina setelah tersingkir dari pusingan 16 terbaik di Piala Dunia, sebelum kembali membantu pasukan negaranya ke separuh akhir Copa America pada tahun lalu.
Penmain berusia 32 tahun itu terus dikritik kerana prestasinya bersama Argentina, namun Sergio Aguero kali ini tampil mempertahankan rakan senegaranya itu.
Lionel Messi and Sergio Aguero pose with their Olympic gold medals, 2008 📸🏅 pic.twitter.com/asIrQejeZW
— B/R Football (@brfootball) January 25, 2020
“Saya tidak faham mereka yang mengkritik beliau [Messi] di dalam pasukan kebangsaan,” kata Aguaero kepada TyC Sports.
“Beliau adalah yang pertama menderita dan ia berterusan,” tambahnya lagi
Disebabkan wabak global yang melanda, pertandingan Copa America pada tahun ini telah ditangguhkan ke tahun hadapan. Saingan Liga Perdana Inggeris dan La Liga juga adalah antara yang terkesan.
Aguero mempunyai kontrak bersama Citu segingga 2021 dan kini dikaitkan untuk kembali bersama kelab yang disokongnya sejak kanak-kanak, Independiente.
#FOOTBALL 'He is the first to suffer' – Aguero defends Messi amid Argentina criticism https://t.co/HMWoEc8mUD
— Steve Brookes MBE (@SteveBrookesMBE) April 28, 2020
“Buat masa sekarang, saya tidak berfikir mengenai apa yang harus dilakukan. Apa yang berlaku pada hari ini memberikan banyak masalah kepada kelab.
“Sehingga tahun depan, ia juga mungkin akan berterusan selama dua bulan lagi. Ada pemain yang akan tamat kontrak pada tahun ini, dan jika saingan diteruskan pada Julai, Ogos atau September, maka kelab akan mengalami masalah.
“Saya tidak pasti jika mereka boleh menyambung [kontrak] pemain selama tiga atau enam bulan. Perkara pertama ialah untuk mengakhiri saungan ini, dan fikirkan perkara lain kemudian.”