Sekurang-kurangnya lima pemain pasukan negara dari skuad Bawah-23 telah menarik minat kelab dari Eropah.
Perkara itu didedahkan oleh sebuah agensi dan ejen pemain berpengkalan di dalam negara, I One Agenscy Sdn Bhd kepada Arena Metro semalam.
Menurut pemilik agensi tersebut, Syed Qamarul Firdaus, beliau telah dihubungi beberapa buah kelab dari Divisyen kedua kelab eropah untuk lima pemain tersebut.
Antaranya Syed Qamarul mengesahkan pemain paling bernilai negara yang kini bersama JDT, Safawi Rasid telah dirisik oleh FC Zurich dari Switzerland, dan Sparta Praha
Syed Qamarul turut mengesahkan seorang lagi bintang JDT, Akhyar Rashid turut menarik minat kelab Belarus, Bate Borisov yang mahu menguji kemampuan pemain itu.
Kriteria pemain tertentu
Syed Qamarul turut menjelaskan kelab-kelab eropah kebiasaannya melihat kepada kriteria-kriteria tertentu dalam mecari pemain.
Antaranya pemain itu harus berumur 25 tahun ke bawah.
“Kena ingat, kelab-kelab Eropah tak akan ambil pemain yang lebih usia 25 tahun ke atas tetapi mereka akan cari yang bawah 25 atau senang cerita bawah 23,” ujar beliau kepada Arena Metro semalam.
Syed Qamarul turut berpendapat pemain yang beraksi di posisi sayap adalah tumpuan utama kelab-kelab Eropah dalam memburu pemain dari Asia kerana sifat ‘workaholic’ dan kerja keras yang terkenal di kalangan pemain Asia.
“Tumpuan mereka (kelab Eropah) pula lebih mencari pemain di bahagian sayap saja. Cuba tengok pemain-pemain dari Korea Selatan atau Jepun seperti Song Heung-min dan Park Ji-Sung semuanya beraksi di posisi sayap,” tambah beliau lagi.
Tiga lagi pemain yang turut didedahkan oleh Syed Qamarul yang turut mendapat menarik kelab dari Eropah adalah Syamer Kutty Abba, Irfan Zakaria dan Syahmi Safari
Kesemua mereka kini adalah tunjang kepada pasukan masing-masing di saingan Liga Malaysia dan merupakan pemain skuad utama Tan Cheng Hoe bersama pasukan Harimau Malaya.
Namun demikian sehingga artikel ini ditulis, belum ada sebarang pengesahan daripada kelab masing-masing mengenai sebarang tawaran dan minat dari kelab-kelab tersebut.
Sumber: Arena Metro