AFC Tiada Kuasa Halang SNBJ Jadi Venue Piala AFF 2022

Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) untuk menjadi venue kejohanan Piala AFF 2022 yang akan diadakan pada Disember tahun ini.

Menrut Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John, hal ini kerana penganjuran kejohanan bola sepak peringkat rantau Asia Tenggara itu adalah anjuran Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) dan bukannya oleh AFC.

Selain daripada Piala AFF 2022 yang akan berlangsung pada tahun ini, stadium berkapasiti 87,411 itu juga boleh digunakan untuk perlawanan persahabatan skuad kebangsaan yang dirancang Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) pada September dan Oktober depan yang merupakan kalendar perlawanan antarabangsa FIFA.

Perkara itu dimaklumkan oleh Datuk Windsor Paul ketika dihubungi oleh Harian Metro semalam.

โ€œKalau untuk aksi Piala AFF pun, ia terpulang kepada AFF. Kalau AFF lulus, boleh lah guna kerana itu pun sebenarnya dikira sebagai perlawanan persahabatan bukan kejohanan rasmi.

โ€œJadi secara teknikalnya, AFC takkan masuk campur stadium yang mahu digunakan pada perlawanan berstatus persahabatan,โ€ katanya kepada akhbar nasional itu.

Sebelum ini Datuk Windsor pernah berkata pihak AFC tidak teragak-agak untuk menggantung SNBJ daripada menganjurkan perlawanan anjuran badan bola sepak Asia itu akibat isu padang dan fasiliti yang teruk ketika pusingan kelayakan Piala Asia 2023 yang lalu.

Isu kualiti padang dan fasiliti stadium tersebut menjadi perbincangan hangat peminat sukan tanah air apabila padang dan beberapa fasiliti lain teruk digenangi air akibat hujan lebat sebelum perlawanan peringkat kumpulan menentang Bahrain pada 11 Jun lalu.

Situasi tersebut menyebabkan petugas stadium terpaksa menggunakan peralatan seperti penyodok dan kadbod untuk menolak air keluar dari permukaan padang untuk membenarkan perlawanan diteruskan.

Kejadian tersebut menyebabkan pihak pengurusan stadium dikritik sehingga mendorong Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menutup penggunaan stadium tersebut secara serta merta pada 15 Jun lalu untuk tujuan pemulihan.

Sejak 28 tahun yang lalu, pelbagai masalah turut dijadikan alasan mengapa masalah padang di SNBJ tidak sesuai.

Tidak terkecuali dipersalahkan adalah struktur bangunan stadium itu sendiri yang dikatakan menjadi punca kepada masalah pencahayaan kepada rumput yang ditanam.

Kongsi artikel ini