Adegan Kampung Pisang Bersiri-siri Troll Penyokong Manchester United

Dalam satu page facebook Cadang Felem telah memuatnaik salah satu adegan dalam drama bersiri arahan Mamat Khalid yang terbaru iaitu Kampung Pisang Bersiri-siri dan akan bersiaran pada 07 Disember 2020 di Astro Citra.

Dalam adegan itu , salah seorang pelakon yang bernama Adi Talang memakai jersi , topi dan scarves Liverpool di sebuah warung makan telah bercerita penuh beriya-iya mengenai pasukan Liverpool yang telah menewaskan Manchester United.

Cerita kekalahan Manchester United telah di bawa sepenuh penghayatan oleh pelakon berkenaan sehingga Bell Ngasri yang turut berlakon dalam drama itu berasa amat kecewa dan sedih sambil memeluk tiang.

Apakah benar cerita mengenai Salah menjaringkan gol menerusi gerakan solonya selepas mendapat hantaran melalui balingan bola daripada penjaga gol Liverpool?

Masih diingati kejadian itu memang benar. Liverpool berjaya menewaskan Manchester United hasil jaringan oleh pertahanan termahal di dunia Van Dijk (14) dan Mohamad Salah (90 + 3) pada 20 Januari 2020 yang lalu.

Liverpool pada waktu itu telah memperkotak-katikkan pasukan Red Devils dan kemenangan itu  menyaksikan Liverpool berada di tahkta teratas sehinggalah mengakhiri badi 30 tahun memenangi gelaran Juara EPL 2019/2020.

Memang padu ya amat drama terbaru arahan sutradara terkenal Mamat Khalid yang memang lain daripada yang lain.

Kongsi artikel ini