Emmanuel Adebayor mempertahankan tindakannya sendiri selepas dikritik enggan membantu Togo memerangi wabak yang sedang menular di seluruh dunia.
Bekas pemain Arsenal, Manchester City dan Tottenham itu, tidak ada rancangan untuk menggunakan sumber kewangan peribadinya untuk tujuan tersebut, dan berpuas hati dengan nikmat kehidupan yang beliau miliki sekarang.
Adebayor menerima pendapatan £175,000 seminggu ketika masih di Etihad dan meraih pendapatan berjuta-juta ringgit sepanjang kariernya.
Walaupun kini beliau berada di negaranya untuk perintah berkurung, Adebayor menegaskan beliau tidak akan menderma dan menolak tanggungjawab memerangi wabak tersebut secara peribadi.
FilGoal | News | Adebayor: I didn’t bring the Corona virus to Togo, so why donate? https://t.co/ecQqmeSd7m pic.twitter.com/BFX28txn3t
— EG 24 NEWS (@EG24NEWS) April 22, 2020
Sehingga artikel ini disiarkan, Togo merekodkan 88 kes positif jangkitan wabak tersebut, dan enam mangsa telah menjadi korban.
Berbanding di negara lain, keadaan kemudahan dan keperluan kesihatan di kebanyakan negara Afrika termasuk Togo ibarat menanti bencana dari berlaku ketika berhadapan dengan ancaman wabak tersebut.
Walaupun dengan amaran tersebut, Adebayor bertegas tidak akan memberikan satu sen pun hasil dari beliau.
“Bagi anda yang menuduh saya tidak menderma, biar saya beterus terang, saya tidak akan menderma. Ia amat mudah difahami,” ujar Adebayor melalui video di Facebook.
Adebayor defends himself for not giving any donations to fight against COVID-19:
"I am Emmanuel Sheyi Adebayor and I will always do what I want."
"Asking me why I don't have a foundation or why I don't donate, as if I was the one who brought the coronavirus to Togo…" pic.twitter.com/adEAESAVS9
— The Spurs Web ⚪️ (@thespursweb) April 23, 2020
“Saya akan melakukan apa yang saya suka, makan apa yang saya mahu. Kemudian akan ada pihak yang tampil mengkritik saya kerana tidak memberikan sumbangan di Lome (ibu kota Togo).
Adebayor beraksi bersama di Paraguay bersama Olimpia ketika wabak ini semakin menjadi-jadi dan sebelum arahan berkurung dikeluarkan.
Dalam perjalanan kembali ke Togo, Adebayor harus melalui Perancis dan Benin, dan terdapat piha turut menuduh beliau sebagai penyebar wabak tersebut di negaranya – tuduhan yang dinafikan oleh Adebayor.
Emmanuel Adebayor:
“For those who say that I do not donate, let me be very clear, I really do not donate. This is very simple. I do what I want to do, eat the food I want, and this is the most important thing. I did not bring the Corona virus to Togo.” pic.twitter.com/ZjAISQ1bwn
— Photos of Football (@photosofootball) April 23, 2020
“Ada juga pihak yang berpendapat saya yang menyebarkan wabak ini di Lome. Ia sangat tidak bernasib baik, tetapi negara ini memang begini.”
Tidak kurang juga yang membandingkan Adebayor dengan bekas bintang Afrika yang lain seperti Didier Drogba dan Samuel Eto’o yang menderma banyak sumbangan untuk membantu negara masing-masing berhadapan bencana ini.
“Mereka boleh sahaja bandingkan saya denga Drogba. Mereka boleh bandingkan saya dengan Eto’o. Malangnya saya bukan merka.
“Saya adalah Emmanuel Sheyi Adebayor, dan saya akan melakukan apa saja yang saya suka.”