Adam Lallana dilaporkan akan meninggalkan Liverpool pada jendela perpindahan musim panas akan datang.
Pemain tengah ini kini berada di tahu terakhir kontrak, dan media di UK melaporkan belum ada perbincangan berkaitan kontrak diantara pihak kelab dan pemain berusia 31 tahun itu setakat ini.
Pemain antarabangsa England itu yang tiba di Anfield pada musim panas 2014 turut dilaporkan telah menarik minat beberapa kelab utama Inggeris seperti Arsenal, Leicester City dan Tottenham Hotspur.
Adam Lallana in line for Brendan Rodgers reunion after Leicester City express interest. @_ChrisBascombe reports – https://t.co/WsxKmFciuU
— Telegraph Football (@TeleFootball) February 6, 2020
Kurangnya perbincangan untuk melanjutkan kontrak pemain tersebut oleh pihak pengurusan dilaporkan berkaitan tuntutan pemain tersebut yang mahu diberikan jaminan di dalam barisan kesebelasn utama pasukan.
Walaupun menghormati kemahuan Lallana, Jurgen Klopp mengakui sukar untuk beliau memenuhi tuntutan tersebut.
Lallana telah tampil dalam 18 perlawanan untuk Liverpool di semua pertandingan pada musim ini. Pada musim lalu, pemain ini hanya beraksi sebanyak 16 perlawanan untuk The Reds.
Dan walaupun menarik minat beberapa kelab, pemain perancang itu masih menunggu sehingga ke hujung musim sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan masa depannya.
John Aldridge: “It looks like Adam Lallana is leaving at the end of the season after his contract expires. This lad will save the manager a lot of money because he can step right into the squad and you can always depend on him. He's got a fantastic future." 🔴 pic.twitter.com/AYCQdZutgp
— Anfield Watch (@AnfieldWatch) February 5, 2020
Klopp turut dikatakan membenarkan Lallana untuk pergi pada jendela perpindahan Januari lalu, selepas ketibaan pemain Jepun, Takumi Minamino memberikan kekuatan skuad yang diperlukan untuk mengharungi baki saingan musim ini.
Bercakap pada minggu pertama jendela perpindahan Januari lalu, Klopp dipetik sebagai berkata:
“Segalanya mengenai Adam Lallana, Adam Lallana tahu, dan saya juga tahu.
“Saya amat gembira untuk dia dan [Lallana] kini berada di tahap terbaik. Itulah perkara yang mahu ditampilkan secara konsisten, sepertimana kerapnya kami menurunkannya beraksi.
Leicester, Arsenal, Tottenham and West Ham are all interested in signing Adam Lallana on a free transfer this summer, according to The Telegraph Should Liverpool give him a new deal? pic.twitter.com/GvLx3a887x
— ROOTE SPORTS (@Rootesports) February 7, 2020
“Beliau adalah pemain penting buat masa sekarang. Apa akan berlaku pada masa depan, kita nantikan bersama-sama.
“Tetapi untuk beliau, dimanapun kemudian, perkara terpenting beliau mampu membuktikan dirinya cergas 100%.
“Beliau mempunyai sedikit masalah kecederaan yang sudah ok, Kini [beliau] telah mula berlatih, cergas sepenuhnya, mindanya kini kembali fokus, dan sedang menikmati setiap detik di kelab ini.
“Perkara seperti ini tidak akan diperbincangkan kepada umum, maka anda harus melakukan spekulasi.”
Musim lalu Daniel Sturridge dan Alberto Moreno dilepaskan oleh Liverpool selepas kontrak masing-masing tamat.
Ia mungkin senario yang sama buat Lallana, dan ini berkemungkinan adalah musim terakhir bekas pemain Southampton itu di Anfield.