Thierry Henry dikenali sebagai legenda di Arsenal. Namun keadaan tersebut mungkin berbeza.
Menurut Ketua Keselamatan Manchester United, Ned Kelly, Sir Alex Ferguson sebenarnya pernah diberikan peluang untuk menandatangani Henry sebelum pemain Perancis itu menyertai Arsenal.
Namun pengurus dari Scotland itu tidak menghiraukan peluang tersebut kerana berpendapat Henry adalah pemain yang kerap mengalami kecederaan.
“Di terowong pemain pada ketika itu saya mendapat panggilan telefon dari abang Eic [Cantona], Jean-Marie. Beliau berkata.” Ned, maklumkan kepada Alex [Ferguson] bahawa Henry mahu menyertai kelab [Man Utd],” dedah Kelly kepada beIN Sports.
Arsenal legend Thierry Henry has won more Golden Boots (4) than any other player in the Premier League history. #AFC pic.twitter.com/SWwJHIU2Tu
— Thierry Henry Stuff (@TH14Stuff) April 13, 2020
“Perkara ini adalah sebelum beliau [Henry] menyertau Arsenal. Pilihan pertamanya adalah Manchester United. Jadi saya pergi berjumpa boss dan berkata, ‘boss, Jean-Marie Cantona baru menghubungi saya dan berkata Henry mahu menyertai kita.’
“Beliau [Ferguson] berkata, ‘tidak akan berlaku, dia adalah pemain yang selalu cedera’. Selepas itu Henry ke Arsenal, dan segala-galanya menjadi sejarah.”
Henry sebelum itu kurang menyerlah ketika bersama Monaco dan Juventus dan gagal menjaringkan sebarang gol dalam lapan perlawanan pertama bersama Arsenal selepas perpindahan bernilai £11 juta pada 1999.
1999. Thierry Henry joins Arsenal pic.twitter.com/gnhOziaIbi
— The League Magazine (@Theleaguemag) May 9, 2013
Namun Henry berjaya menamatkan musim pertama di England dengan 26 gol dan 202 gol lagi dalam semua pertandingan untuk The Gunners untuk tampil sebagai salah seorang pemain terhebat sepanjang zaman dalam sejarah Premier League.
Henry memainkan peranan penting dalam membantu Arsenal menjuarai dua kejuaraan Premier League dan Piala FA, dan merupakan pemain utama Arsene Wenger sebelum beliau pergi meraih kejuaraan Champions League bersama Barcelona pada 2008.
Perseteruan beliau bersama pemain United, Ruud van Nistelrooy untuk anugerah kasut emas di England adalah antara perkara yang mencuri tumpuan pada ketika itu – tatkala Arsenal dan United menajadi seteru utama kejuaraan domestik sepanjang tempoh tersebut.