Pemain-pemain Liverpool ternyata gembira kerana akhirnya dibenarkan ke Melwood untuk menyambung latihan.
Namun ketika media menanti kedatangan pemain-pemain di pintu masuk pusat latihan tersebut, kenderaan yang dipandu oleh Mohamed Salah mencuri perhatian kerana cermin depannya yang retak teruk.
Tatkala ramai yang tertanya-tanya punca kenderaan Salah terjadi begitu, ciapan oleh Dejan Lovren di Twitter mengenai cermin kenderaan Salah mungkin menjelaskan puncanya.
“Apabila seekor burung membuang kotoran [membuang muntah/najis] pada dirimu atau apapun yang kamu punya, ia bermaksud anda akan ditimpa keuntungan.
“Bagaimana pula [najis] burung boleh memecahkan kaca? Apakah ini bermakna keberuntungan ganda?” tulis Lovren.
…back 😁😁😁 pic.twitter.com/M9iwk1iYmN
— Mohamed Salah (@MoSalah) May 20, 2020
Apa pun punca cermin depan kenderaan pecah, ia nyata tidak mengganggu kegembiraan pemain antarabangsa Mesir itu yang bersemangat sepanjang sesi latihan hari pertama bersama rakan sepasukannya.
Kelab-kelab Liga Perdana Inggeris kini dibenarkan untuk memulakan kembali sesi latihan masing-masing untuk persediaan memulakan kembali saingan pada pertengahan Jun.
If a bird poops on you or anything you own, it's said to be good luck. But what if it breaks the window? Does it count like double luck? @MoSalah pic.twitter.com/bi8w8g3sy5
— Dejan lovren (@Dejan06Lovren) May 20, 2020
Liverpool kini berada di kedudukan teratas saingan dengan kelebihan 25 mata ke atas pencabar terdekat, Manchester City di tempat kedua dan memerlukan hanya enam mata sahaja lagi untuk mengesahkan kejuaraan.
Kali terakhir Liverpool bergelar juara Liga Inggeris adalah pada 30 tahun yang lalu, dan ini akan menjadi kejuaraan pertama kelab Meseyside itu sejak era Liga Perdana Inggeris.
Musim lalu, Liverpool merekodkan kejuaraan keenam mereka di Eropah, dan mengesahkan diri sebagai juara dunia pad Disember tahun lalu.