9 Statistik Bukti Anthony Martial Tetap Pemain Penting Man Utd Musim Ini

Prestasi tidak menentu Anthony Martial sebelum ini sering kali menjadi pertikaian ramai pihak.

Namun separuh musim kedua ini, Martial boleh dianggap sebagai pemain penting Ole Gunnar Solksjaer.

Kecederaan jangka masa panjang Marcus Rashford dikatakan telah memberi tekanan kepada Martial.

Namun pemain dari Perancis ini tidak mengendahkan kritikan, dan secara perlahan-lahan menampilkan aksi terbaik beliau.

Anda mungkin masih skeptikal dengan kenyataan di atas. Berikut adalah 10 statistik ringkas Martial bersama United yang mungkin meyakinkan anda.

1. Daripada 34 perlawanan keseluruhan musim ini, Martial menjaringkan 16 gol dan menghasilkan lima bantuan gol. Ini bermakna Martial akan terlibat dengan gol Manchester United pada setiap 12.3 minit aksi pada musim ini.

2. Martial hanya memerlukan satu jaringan sahaja lagi untuk menyamai musim paling produktif beliau bersama United iaitu pada 2016/16. Kali ini Martial melakukannya dengan perbezaan 15 perlawanan kurang berbanding rekod sebelumnya.

3. Manchester United menghasilkan purata 1.7 gol untuk setiap perlawanan Premier League setakat ini setiap kali Martial beraksi. Tanpa Martial, United hanya menghasilkan purata 0.7 gol setiap perlawanan.

4.ย  Manchester United belum lagi kalah dalam 10 perlawanan dimana Martial menjaringkan gol.

5. Martial tampil sebagai pemain pertama menjaringkan gol di Manchester Derby secara timbal balik sejak Cristiano Ronaldo melakukannya pada musim 2006/07.

6. Martial juga tampil sebagai pemain kedua selepas Eric Cantona menjaringkan gol dalam tiga derbi Manchester secara berturut-turut di Premier League.

7. Hanya Marcus Rashford berada di hadapan Martial yang telah menjaringkan gol lebih banyak di derbi Manchester sejak era Sir Alex Ferguson.

8. United mengumpul purata 1.6 mata di Premier League apabila Martial beraksi sebagai kesebelasan utama, namun hanya mempunyai purata 1.3 mata apabila Martial tidak berada di dalam senarai awal pemain.

9. Sejak permulaan musim 2018/19 sehingga kini, Martial telah beraksi dalam 1o perlawanan menentang pasukan โ€˜Top 6โ€™, dan telah menjaringkan 8 gol.

ย 

ย 

Kongsi artikel ini