Menurut Matt Law, wartawan dari The Telegraph yang merupakan salah satu sumber rujukan perkembangan mengenai Chelsea, Kepa Arrizabalaga jini mempunyai baki sembilan perlawanan sepanjang musim 2019/20 ini untuk membuktikan kemampuan dirinya kepada Frank Lampard.
Prestasi Kepa sering menjadi perdebatan di kalangan peminat. Malah Lampard sendiri secara terbuka pernah mengkritik prestasi penjaga gol termahal dunia itu.
Lampard analisis Kepa
Dalam perkembang terbaru, The Telegraph melaporkan Lampard kini akan menilai secara dekat prestasi penjaga gol dari Sepanyol itu baik ketika perlawanan dan latihan.
Menurut sumber, Kepa akan diberi peluang sepenuhnya untuk membuktikan diri selaku penjaga gol utama The Blues.
Lampard on dropping Kepa:
"I don't expect smiley faces when people get dropped, I just expect reactions, I expect support of the team-mates.
"It is not easy, I'm saying this as a manager, I know as a player… I think sometimes it can be something that makes you stronger." pic.twitter.com/yfn6fi5S2C
— Goal (@goal) February 15, 2020
Bagaimanapun ia tidak menghalang kelab London itu untuk menyenaraikan dua pengganti berpotensi untuk penjaga gol berusia 25 tahun tersebut.
Dua penjaga gol yang dimaksudkan adalah penjaga gol Burnley, Nick Pope dan juga penjaga gol Akax, Andre Onana.
Kepa tiba di Stamford Bridge dari Athletic Bilbao pada Ogos 2018 selepas Chelsea menebus klausa pelepasan bernilai €80 juta untuk penjaga gol tersebut.
Statistik teruk
Nilai rekod dunia untuk penjaga gol itu bermakna semua pihak termasuk jurulatih mengharapkan prestasi yang lebih baik dari Kepa berbanding dengan apa yang ditampilkannya sebelum ini.
Statistik penjaga gol itu bersama Chelsea pada musim ini tidak memberi gambaran yang sepatutnya. Selepas tampil dalam 33 perlawanan di semua pertandingan, Kepa telah dibolosi 43 gol, dan hanya merekodkan 8 clean sheets.
I knew Kepa was the worst goalkeeper in the world. I just didn't realise how abysmal some of his stats are. https://t.co/DRjyX5p7OM pic.twitter.com/kgvGS9bHSJ
— Srinjoy (@Srinjoy011) February 25, 2020
Prestasi buruk tersebut pernah menyebabkan Lampard merehatkan Kepa dari kesebelasan utama dalam enam perlawanan berturut-turut dari Januari sehingga Februari yang lalu.
Kepa bagaimanapun kembali meyakinkan ketika tampil dalam kemenangan 2-0 ke atas Liverpool di saingan Piala FA, dan ketika membantu The Blues menang 4-0 ke atas Everton pada minggu ke-29 saingan Liga Perdana Inggeris.
Pope vs Onana
Untuk pengganti Kepa, Pope dilihat telah melalui kempen yang berjaya pada musim ini.
Penjaga gol tersebut beraksi dalam semua 29 perlawanan membabitkan Burnley pada musim ini dan dibolosi 40 gol. Beliau turut merekodkan 11 clean sheets pada musim ini – jumlah tertinggi dari kalangan penjaga gol di Premier League.
Secara keseluruhan, penjaga gol berusia 28 tahun itu turut menyelamatkan 89 percubaan pada musim ini – keenam tertinggi di EPL.
Sebagai perbandingan, Kepa hanya menyelamatkan 42 percubaan dan berada di luar 20 penjaga gol terbaik dari jumlah percubaan yang diselamatkan di dalam liga.
In Nick Pope's 🙌 we trust, right?
He's the top-scoring 'keeper so far, ahead of Dean Henderson and Kasper Schmeichel#FPL https://t.co/Epn3w7i9W7 pic.twitter.com/k1eDsm0BG2
— Fantasy Premier League (@OfficialFPL) June 16, 2020
Onana pula mampu menawarkan aspek berbeza kepada saingan Chelsea seperti yang dibuktikan oleh penjaga gol itu di Erdivisie. Namun ia masih sukar membayangkan jika projek serupa boleh berjaya di Premier League.
Onana adalah baka penjaga gol berbeza berbanding Pope. Penjaga gol Ajax itu memiliki composure yang amat baik dan merupakan seorang ball playing-goalkeerper yang cemerlang untuk Ajax selama beberapa musim sebelum ini.
André Onana: No goalkeeper has kept more clean sheets than @AndreyOnana (14) in the Eredivisie this season
For more player stats — https://t.co/vR1xOPtx9a pic.twitter.com/Nkaa74UQLt
— WhoScored.com (@WhoScored) March 29, 2019
Penjaga gol berusia 24 tahun itu merekodkan tiga clean sheets, melakukan 23 aksi menyelamat dari enam perlawanan Champions League bersama Ajax pada musim ini
Penjaga gol dari Cameroon itu juga merekodkan statistik yang menarik selama empat musim bersama Ajax. Dari 178 penampilan keseluruhan, Onana dibolosi 158 gol – ratio kurang 1 gol dalam setiap 90 minit perlawanan.
Sepanjang tempoh itu Onana turut merekodkan 74 clean sheets, menjadikan ratio tanpa dibolosi pada purata 40%.