Kejayaan menewaskan Negeri Sembilan 5-0 di Stadium Sultan Ibrahim, diikuti oleh kekalahan 0-2 pesaing terdekat, Sabah FC kepada Terengganu FC di Gong Badak bermakna kejuaraan Liga Super Malaysia (MSL) 2022 sah milik JDT.
Ada banyak perkara yang boleh diperkatakan mengenai kejayaan ini. Berikut adalah sembilan daripadanya:
Kejuaraan ke-11 keseluruhan
Musim ini boleh dianggap sebagai musim terbaik yang dilalui oleh JDT di semua peringkat pertandingan.
Kejayaan merangkul kejuaraan MSL 2022 bermakna pada musim ini JDT telah memenangi 11 kejuaraan, daripada pertandingan petingkat akedemi sehinggalah ke skuad senior.
10 TROPHIES IN 2022
JDT – Piala Sumbangsih
JDT – FA Cup
JDT II – Premier League
JDT III – President's Cup
JDT U17 – MSSM Tournament
JDT U14 – Milo Challenger Cup 2022[1/2] pic.twitter.com/W9WIfaqTqO
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2022
Ini membuktikan projek yang dimulakan oleh pemilik kelab, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, TMJ berada di landasan yang betul.
Sejak projek JDT dimulakan lebih kira-kira 10 tahun yang lalu, nyata JDT kini mulai menuai hasil.
Malah hasil itu harus diakui hasil itu begitu lumayan. Tiada siapa berani menjangkakan jumlah kejuaraan sebegini mampu digapai JDT 10 tahun lalu.
Sapu bersih
Walau apa pun kejuaraan yang telah digapai oleh JDT, prestasi skuad senior pasti akan sentiasa menjadi perhatian pemerhati dan peminat bola sepak tempatan.
Setakat ini skuad senior JDT sudah mengesahkan kejuaraan Piala Sumbangsih, Piala FA, MSL 2022 di dalam genggaman.
CONGRATULATIONS JOHOR DARUL TA'ZIM FC — 2022 MALAYSIA SUPER LEAGUE CHAMPIONS
An unprecendented 9th straight league title! A Triple Hattrick!#21since2013#JDTFamily#LuaskanKuasamuJohor pic.twitter.com/8gkqxJurig
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2022
Ini bermakna JDT akan menyapu bersih semua kejuaraan domestik pada musim ini sekiranya berjaya menjuarai Piala Malaysia pada musim ini.
Musim lalu menyaksikan JDT dikecewakan oleh KL City di perlawanan akhir pertandingan tersebut.
Ianya pasti menjadi bonus sekiranya JDT mampu menjuarainya pada musim ini, sekali gus menjadi kelab pertama di Malaysia menyapu bersih semua kejuaraan di dalam satu musim.
Dua Ketua Jurulatih
Musim ini agak unik kerana JDT mengharungi musim dengan dua Ketua Jurulatih.
Benjamin Mora mengendalikan pasukan selama separuh musim. Beliau kemudiannya digantikan oleh Hector Hidalgo yang mengendalikan pasukan itu untuk separuh musim berikutnya. Dan JDT tetap bergelar juara.
#Transfer | Former coach of Newell's Old Boys, Héctor Bidoglio 🇦🇷 is appointed as the new coach of Johor Darul Tazim 🇲🇾.#JDT #MFL pic.twitter.com/Ufokz6ORdS
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) July 28, 2022
Ini bukan kali pertama berlaku di JDT. Malah sejak 10 tahun ini, JDT sudah memiliki 11 jurulatih. Ada yang datang pada pertengahan musim, dan ada juga yang meninggalkan kelab atas pelbagai sebab pada awal musim.
Ini tidak pernah menjadi masalah kerana kelab ini memiliki DNA dan falsafah yang sudah ditanam oleh pemilik kelab, iaitu TMJ.
Bergson da Silva
Sebenarnya tidak adil untuk memberikan fokus kejayaan hasil usaha sepanjang semusim dan kemudian hanya memberikan fokus kepada seorang pemain sahaja.
Tetapi baik kawan atau lawan, anda harus mengakui kehebatan dan ketajaman Bergson da Silva yang menjadi nadi utama jentera serangan skuad Harimau Selatan sejak dua musim lalu.
Di luar padang, Bergson mungkin kelihatan begitu ramah dengan sesiapa sahaja. Tetapi ketika aksi dalam padang, pemain kelahiran Brazil ini adalah senjata pemusnah utama kepada lawan JDT.
BERGSON BECOMES JDT'S ALL-TIME SUPER LEAGUE TOPSCORER
Johor Darul Ta'zim FC (JDT) forward Bergson Da Silva is now JDT's all-time top goalscorer in the Super League with 44 goals.
[1/2] pic.twitter.com/ZRZxXF0VT6
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 5, 2022
Musim lalu Bergson telah menjaringkan 23 gol di MSL untuk JDT, musim ini beliau telah menggegarkan gawang lawan sebanyak 24 kali – berbaki 4 perlawanan pada musim ini.
Ini tidak termasuk 6 jaringan yang dihasilkan di AFC Champions League yang menjadikan beliau pemain dari kelab Malaysia yang pernah menghasilkan jumlah jaringan sebanyak itu di pentas tertinggi Asia.
Arif Aiman
Tidak lengkap sekiranya nama Arif Aiman tidak berada di dalam senarai ini. Musim ini Arif Aiman telah menjaringkan 5 gol dalam semua pertandingan untuk JDT.
Bagaimanapun jaringan di MSL hanya dihasilkan ketika menentang Negeri Sembilan pada malam tadi apabila beliau meledak sebanyak dua kali.
ANOTHER ONE ARIF AIMAN!#JDTvNSE#LigaSuper2022#LuaskanKuasamuJohor#JDTforAll pic.twitter.com/ASsGrDwfPq
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) October 1, 2022
Sumbangan Arif Aiman sebagai pemain sayap adalah dalam bentuk bantuan gol. Termasuk perlawanan pada malam tadi, Arif kini telah menjadi pencipta bantuan gol terbanyak untuk JDT pada musim ini bersama-sama Corbing Ong, sebanyak 10 kali.
4-3-3 kepada 3-4-3
Musim ini JDT boleh dikatakan telah menggunakan sistem 3-4-3 sepenuhnya, berbanding 4-3-3 pada musim sebelumnya.
Impak perubahan formasi ini jelas kelihatan apabila pemain bek sayap seperti Corbin Ong menyumbang 10 assist setakat ini.
Sebagai perbandingan pada musim 2021, Corbin langsung tidak berada di dalam senarai pemain yang menhasilkan bantuan gol.
Malah pada musim 2021, bantuan gol JDT hanya datang daripada bahagian tengah daripada pemain seperti Safiq Rahim, Leandro Velasquez dan Afiq Fazail sebagai penyumbang utama.
Perubahan formasi itu kini memberi JDT lebih dinamik apabila bantuan gol turut dataang daripada bahagian sayap, dan ia dimanfaatkan oleh pemain seperti Corbin dan Arif.
Rekod tidak terkalah di tempat lawan
Selepas ini JDT akan berkunjung ke Alor Setar pada 4 Oktober untuk berhadapan Kedah Darul Aman FC sebelum ke Kuantan menentang Sri Pahang pada 7 Oktober.
Kedua-dua perlawanan tersebut adalah dua perlawanan terakhir yang bakal dihadapi oleh JDT di tempat lawan pada musim ini.
LONGEST UNBEATEN AWAY RUN
*As of 15 September 2022 pic.twitter.com/CTHRIyAuVN
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 16, 2022
Sehingga kini, JDT sudah pun mencipta rekod tidak terkalah MSL sebanyak 46 perlawanan
Rekod tersebut akan dilebarkan lagi kepada 48 perlawanan sekiranya tidak tewas dalam dua perlawanan tersebut.
AFC Champions League 2023
Sah bergelar juara MSL 2022 bermakna JDT secara automatik akan beraksi di saingan peringkat kumpulan AFC Champions League 2023.
Ini bermakna JDT akan beraksi di saingan peringkat kumpulan pertandingan elit kelab Asia itu buat kali ke-5 berturut-turut pada musim hadapan.
JDT'S 2022 AFC CHAMPIONS LEAGUE MILESTONES
Johor Darul Ta'zim FC's 2022 AFC Champions League campaign may have ended in the Round of 16, but we have plenty of positives for us to build on after being among the best 16 teams in Asia this year.
[1/3] pic.twitter.com/wXHRVkGHwr
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) August 20, 2022
Selepas mara sehingga menjadi 16 pasukan terbaik Asia pada musim ini, sudah pasti JDT akan terus menjadi perhatian di pertandingan tersebut pada musim hadapan.
Guard of Honor di Darul Aman?
Kejayaan terbaru ini bermakna JDT akan berkungjung ke Stadium Darul Aman pada 4 Oktober nanti sebagai juara MSL 2022 apabila Kedah Darul Aman FC menjadi lawan pertama skuad Harimau Selatan setelah bergelar juara.
Persoalannya, adakah JDT akan menerima layanan ‘Guard of Honor’ di Stadium Darul Aman?
Perkara ini kita harus sama-sama tunggu.