Der Klasiker bukanlah seperti perlawanan derbi setempat yang lain di dalam dunia bola sepak. Namun kehangatan perseteruan diantara Bayern Munich dan Borussia Dortmund mempunyai sejarah dan kehangatan tersendiri untuk diikuti.
Perlawanan membabitkan kedua-dua pasukan sering kali dianggap klasik. Kerana itulah ia dipanggil ‘Der Klasiker’. Ini kerana pada hari ini kedua-dua kelab dianggap sebagai dua kelab yang paling berjaya di Jerman
Sepanjang sejarah Der Klassiker antara Bayern Munich vs Borussia Dortmund terdapat sembilan pemain bintang yang pernah bermain di kedua-dua buah kelabb dan dianggap sebagai ‘pembelot’ oleh penyokong masing-masing.
Berikut adalah senarai 9 pemain tersebut.
1. Robert Kovac
Kovac memperkuatkan pasukan Bayern Munich dari 2001 sehingga 2005 memenangi dua gelaran Bundesliga sepanjang tempoh itu. Setelah dua musim bermain untuk Juventus, pemain pertahanan dari Croation itu kemudiannya menyertai Dortmund pada Januari 2007.
Beliau bagaimanapun hanya beraksi selama setahun bersama Dortmund sebelum dilepaskan kepada Dinamo Zagreb. Benar. Robert adalah saudara kandung kepada bekas pengendali Bayern Munich pada musim lalu, Niko Kovac.
Embed from Getty Images
2. Torsten Frings
Frings berpindah ke Bayern Munich pada 2004 selepas dua musim memperkuatkan Dortmund. Beliau bagaimanapun hanya kekal semusim bersama kelab Bavarian itu.
Frings sempat meraih satu gelaran Bundesliga bersama Bayern sebelum kembali menyertai Werder Bremen – kelab asal beliau sebelum menyertai Dortmund pada 2002.
Embed from Getty Images
3. Thomas Helmer
Menyertai Dortmund pada1986, Helmer memilih untuk berhijrah ke Bayern pada 1992. Perpindahan Helmer menjadi kontroversi, kerana Dortmund tidak mau menjual salah seorang pemain terbaiknya ke Bayern.
Dortmund sempat meminjamkan Helmer ke Lyon, tetapi perjanjian itu hanya bertahan selama tiga bulan. Dortmund akhirnya melepaskan Helmer untuk menyertai Bayern Munich.
Embed from Getty Images
4. Jurgen Kohler
Kohler merupakan salah seorang pemain bek terbaik Jerman pada era 1990an, dan memperkuatkan benteng Bayern Munich pada 1989 sehingga 1991, sebelum berpindah ke Juventus.
Setelah empat musim bersama Juventus, Kohler kemudiannya kembali ke Bundesliga untuk menyertai Dortmund pada 1995.
Kohler meraih lebih banyak kejayaan selama tujuh musim bersama Dortmund sebelum bersara pada 2002. Antaranya adalah dua gelaran Bundesliga dan satu trofi UEFA Champions League.
Embed from Getty Images
5. Mario Gotze
Gotze memulakan karier dari skuad akademi sehingga skuad utama Dortmund pada 2009. Setelah mencipta nama bersama Dortmund, Gotze memutuskan untuk berpindah pindah ke Bayern pada 2013.
Gotze meraih tiga gelaran Bundesliga bersama Bayern sebelum memutuskan untuk kembali menyertai Dortmund pada 2016.
Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc baru-baru ini mengesahkan Gotze akan dilepaskan secara percuma kepada mana-mana pasukan yang beminat untuk khidmat pemain berusia 27 tahun itu.
Embed from Getty Images
6. Michael Rummenigge
Michael adalah adik kandung kepada legenda bola sepak Jerman Karl-Heinz Rummenigge. Beliau telah melakukan lebih dari 150 penampilan bersama-sama Bayern Munich dan Borussia Dortmund.
Michael merupakan sebahagian dari skuad Bayern Munich yang menjuarai tiga gelaran Bundesliga diantara 1985 sehingga 1987.
Setelah berpindah untuk menyertai Dortmund pada 1988, Michael hanya mampu merebut dua gelaran bersama Dortmund.
Embed from Getty Images
7. Mats Hummels
Hummels merupakan produk akademi Bayern Munich dan mulai berada dalam skuad utama pada 2007. Namun, karier bek tengah Jerman itu hanya menonjol kariernya selepas menyertai Dortmund mulai 2008 sehingga 2016.
Setelah tiga musim berkelana ke Dortmund, Hummels kembali dilamar oleh Bayern. Namun Hummels memutuskan untuk kembali menyertai Dortmund pada 2019.
Sepanjang bersama dua kelab tersebut, Hummels meraih enam gelaran untuk Dortmund dan tujuh gelaran bersama Bayern.
8. Stefan Reuter
Reuter memperkuatkan Bayern Munich dari 1988 sehingga 1991. Setelah menyertai Juventus pada musim 1991/1992, Reuter kembali ke Jerman bersama Dortmund pada 1992 sehingga beliau mengumumkan persaraan pada 2004.
Reuter meraih sembilan kejuaraan sepanjang bersama Dortmund, termasuk tiga gelaran Bundesliga dan satu trofi UEFA Champions League.
Embed from Getty Images
9. Robert Lewandowski
Lewandowski merupakan pemain yang bukan berasal dari Jerman dan dianggap paling berjaya di Bundesliga. Pemain berasal dari Poland itu mencipta nama sebagai mesin gol Dortmund dari tahun 2010 sehingga 2014.
Beliau meneruskan rentak jaringan tersebut bersama Bayern Munich dari 2014 sehingga ke hari ini. Tidak keterlaluan jika kita katakan Lewandowski sebenarnya setaraf dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi sekiranya konsistensi pemain ini dijadikan ukuran.
Anda bersetuju dengan pendapat ini?
Embed from Getty Images
Rumusan
Di dalam konteks bola sepak di Jerman, pemain-pemain ini dianggap pembelot – terutamanya pemain yang meninggalkan Dortmund untuk menyertai Bayern Munich yang lebih dominan.
Namun setelah merentasi zaman, perkara itu seperti sudah dianggap isu biasa. Sudah tentu ada perpindahan pemain diantara kedua-dua kelab pernah menyebabkan kontroversi.
Ada juga yang dilepaskan dengan persetujuan kedua-dua kelab. Semuanya bergantung kepada situasi.
Buat masa ini, Dortmund berada di tangga kedua, ketinggalan empat mata di belakang pendahulu Bayern Munich. Kedua-duanya pasti mahu mengutip mata penuh.
Bagi Dortmund, keciciran mata hanya akan membenarkan pasukan di belakang seperti RB Leipzig dan Bayern Leverkusen merapatkan jurang.
Jangan lupa untuk menonton perlawanan Der Klasiker pada tengah malam ini yang akan diadakan di Signal Iduna Park.