8 Pengurus Bernama Besar Yang Masih Menganggur Dan Memburu Kelab

Jika ada kelab yang sedang memburu pengurus baharu untuk musim akan datang, lapan pengurus ini mungkin akan berada di dalam senarai pertimbangan.

Berikut adalah senarai lapan pengurus yang dianggap bernama besar dalam bola sepak Eropah yang masih tanpa sebarang kelab. Kami yakin sebahagian besar daripada mereka akan mendapat tawaran dari beberapa kelab utama eropah menjelang musim baru akan datang.

1. Mauricio Pochettino

Kelab terakhir: Tottenham

Gaji terakhir: £8,500,000 setahun

Menganggur sejak: 19 November 2019

Ramai yang terkejut apabila Tottenham bertindak memecat jurulatih dari Argentina ini pada pertengahan musim.

Ini kerana pada musin sebelumnya, Pochettino cemerlang membimbing Spurs sehingga ke perlawanan akhir UEFA Champions League. Momen terbaik Spurs bersama Pochetino semestinya adalah ketika comeback menentang Ajax.

Setelah tampil konsisten di Southampton dan juga Spurs dalam tujuh musim terakhir sebelum ini, Poch layak mendapatkan pekerjaan di kelan-kelab besar Eropa.

Real Madrid dan Manchester United adalah antara kelab yang pernah dikaitkan dengan bekas pemain Espanyol ini.

2. Ernesto Valverde

Kelab terakhir: Barcelona

Gaji Terakhir: £20,160,277 setahun

Menganggur Sejak: 13 Januari 2020

Ernesto Valverde menjadi mangsa pemecatan selepas prestasi buruk Barcelona pada awal musim, dan menjadi salah seorang pengurus berprofil tinggi yang hilang pekerjaan pada pertengahan musim.

Sepanjang berada di Nou Camp, Valverde membantu Barcelona meraih dua gelaran La Liga dan satu trofi Cipa den Rey. Tidak dapat dinafikan kesan kegagalan di Champions League pada musim lalu memberi impak dari segi moral ke dalam skuad Barca.

Sebelum melatih Barca, Valverde turut pernah melatih Athletic Bilbao, Espanyol, Valencia, dan Olympiakos.

3.Niko Kovac

Kelab Terakhir: Bayern Munich

Gaji Terakhir: £6,000,000 setahun

Menganggur Sejak: 3 November 2019

Perjalanan Kovac bersama Bayern Munich sememangnya sukar sejak dari awalnya. Merupakan bekas pemain Bayern sendiri, Kovac mulai mendapat perhatian setelah membawa Frankfurt muncul juara DFB Pokal.

Tekanan dari pihak pengurusan dan penyokong sentiasa mengikuti pengurus dari Crotia sejak hari pertama beliau dilantik lagi. Namun cabaran mengendalikan pemain bintang di Bayern nyata bukan pengalaman sama seperti ketika beliau di Frankfurt.

Sepanjang bersama Bayern, pretasi Kovac tidaklah seburuk yang didendangkan. 45 kemenangan, 12 seri dan 8 kekalahan, masa depan Kovac di Bayern ibarat sudah tertulis.

4. Unai Emery

Kelab Terakhir: Arsenal

Gaji terakhir: £6,000,000 setahun

Menganggur Sejak: 29 November 2019

Arsenal mencatatkan rekod kekalahan lebih tinggi sejak dikendalikan Emery, dan pengurus itu jelas gagal meningkatkan prestasi pemainnya.

Musim lalu Arsenal tewas 2-4  kepada Chelsea di perlawanan akhir Liga Europa.

Unai mungkin dianggap gagal di dua kelab besar – Arsenal dan PSG – tetapi beliau masih lagi individu yang sama menjulang Sevilla di Liga Europa selama tiga musim berturut-turut.

Pengurus ini mungkin boleh dipertimbangkan oleh kelab-kelab yang mempuyai cita-cita yang sesuai dengan kemampuan dan cita-cita Emery secara khusus.

5. Massimiliano Allegri

Kelab Terakhir: Juventus

Gaji Terakhir: £6,500,000 setahun

Menanggur Sejak: 30 Juni 2019

Massimiliano Allegri sempat dikaitkan dengan Manchester United pada ketika Ole Gunnar Solksjaer bergelut dengan prestasi di Old Trafford. Keadaan sudah berbeza pada hari ini.

Allegri adalah nama yang dihormati di Serie A. Sepanjang bersama Juventus, Allegri meraih lima gelaran Scudetto. Sebelum ini Allegri dikatakan mengikuti kursus Bahasa Inggeris.

Adakah beliau mensasarkan Liga Perdana Inggeris selepas ini?

6. Marco Silva

Kelab Terakhir: Everton

Gaji Terakhir: £3,000,000 setahun

Menganggur Sejak: 5 Desember 2019

Everton tidak pernah menewaskan seteru setempat Liverpool sejak 1991 lagi. Dan pada awal musim ia turut dihiasi dengan kekalahan 5-2. Keputusan tersebut menyebabkan Everton jatuh ke zon penyingkiran dan Silva dipecat pada hari berikutnya.

Silva menyertai Everton dengan kontrak selama tiga musim pada musim panas 2018, dan memimpin kelab tersebut menduduki tangga kelapan pada musim pertamanya.

Walaupun perancangan Silva bersama Everton tidak membuahkan hasil, beliau dilihat sebagai salah seorang pengurus berbakat buat masa ini.

7. Luciano Spalletti

Kelab Terakhir: Inter Milan

Gaji Terakhir: £7,200,000 setahun

Menganggur Sejak: 30 Mei 2019

Spalletti masih lagi belum terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Inter Milan perrtengahan 2019. Tetapi khidmatnya sudah giat diintai beberapa kelab utama di Itali.

Menurut laporan Corriere dello Sport, Spalletti kini merupakan calon utama untuk mengendalikan AC Milan pada musim hadapan.

8. Leonardo Jardim

Kelab Terakhir: AS Monaco

Gaji terakhir: £5,500,000 setahun

Menganggur Sejak: 28 Desember 2019

Jardim dipecat selepas AS Monaco hanya merekodkan satu kemenangan dari sembilan perlawanan pada Oktober. Untuk rekod, pemecatan kali ini adalah yang kedua untuk beliau bersama Monaco.

Tempoh terbaik Jardim bersama Monaco adalah apabila berjaya muncul juara Ligue 1 dan mara ke separuh akhir Champions League pada musim 2016/17. Musim berikutnya pengurusan Monaco bertindak menjual ramai pemain-pemain utama pasukan itu.

Jardim gagal membina pasukan yang baru dan gagal mencabar PSG selepas itu.

Kongsi artikel ini